Monday, 19 August 2013

badam cookies


bahan2
-125gm butter
-100gm tepung ubi
-100gm tepung gandum
-1/2 cawan milo / ovaltine
-1/4 cawan gula castor
-1/4 cawan susu pekat
-1/2 cawan badam cincang (di panggang dulu)

caranya
-butter,gula dan susu pekat di satukan dan di pukul sikit
-masukkan semua bahan lain dan adun hingga menjadi doh yg lembut
-terap mengikut kesukaan (saye bulatkan dan tekan dgn garpu ajer)
-griskan dulang,susunkan doh,dan bakar pada suhu 170c ,20 minit atau hingga masak
(gandakan sukatan utk biskut yg lebih banyak)

biskut zest almond

biskut ni suku sakat ngan elmen london jugak...tp ada rasa lemon dan bersalut coklat putih yg sedap...
bahan2
-250gm butter
-150gm gula kastor
-1 biji telur
-300gm tepung gandum
-100gm tepung jagung
- 1 sdt lemon emulco
-1 sdt baking powder
-badam panggang secukupnya
-coklat masakan putih secukupnya
-sedikit coklat urai atau manik hiasan
-pewarna kuning
-mangkuk kertas

caranya
-butter,gula,telur,esen lemon ,pewarna kuning di satukan dan di pukul kembang sedikit
-masukkan baking powder,tepung jagung dan tepung gandum
-uli sebati hingga mendapat doh yg lembut
-(tambah atau kurangkan tepung gandum mengikut kesesuaian doh)
-bentukkan bulat membujur dan masukkan badam panggang
-bakar180c ,20-25 minit atau hingga masak
-masakkan coklat putih secara double boil dan celupkan biskut tadi,masukkan dalam paper cup ,taburkan manik hiasan
(sejukkan biskut sblm di celup dalam coklat putih yaaa,)

Tuesday, 13 August 2013

biskut nestum snow


bahan2
( A)
-250gm butter
-150gm gula castor
-1 sdk esen vanilla
-50gm nestum
(B)
300gm tepung red ros
-50gm tepung kastad
-50gm susu tepung
-40gm tepung jagung

bahan hias
-coklat masakan
-bread crumb (warna putih)

caranya
-pukul A hingga berkrim
-masukkan B,uli sebati
-buat bentuk bulat bujur
-bakar 140c ,30 minit atau hingga masak
-masak coklat secara double boil dan golekkan biskut dalam coklat,kemudian salutkan dgn bread crumb
-sejukkan seketika dan simpan dlm bekas tertutup.

dahlia sedap gebu


bahan2
-200gm butter
-1 cwn tepung gandum
-1cwn tepung kastad
-1 cwn tepung jagung
-1/2 cwn gula halus
-1 biji kuning telur
-1 sdt esen vanilla
-ceri hiasan atau manik

caranya
-butter,gula,esen vanilla,kuning telur di pukul sedikit,tidak terlalu kembang
-masukkan semua jenis tepung sikit2
-uli hingga mendapat doh yg tak melekat di tangan
-picitkan ke dalam acuan dahlia,hiaskan dgn ceri atau manik
-bakar pada suhu 160c ,20-25 minit..

tat nenas gebu



bahan2
-250 gm butter
-400gm tepung gandum ayak bersama
-40gm tepung kastad
-50gm gula ising
-2 biji kunig telur
-1 sdt esen vanilla
-inti nenas secukupnya
-kuning telur utk sapuan

caranya
-pukul butter,gula ising,esen vanilla ,kembang sedikit
-masukkan kuning telur,pukul lg sedikit
-masukkan tepung,sedikit2 hingga mendapat doh yg elok(jika lembut tambah sikit lagi tepung gandum)
-picit guna acuan tat,masukkan inti dan gulung
-sapu kuning telur di atasnya
-bakar 175c ,20-30 minit..

biskut cornflakes rangup


bahan2
-250gm butter
-1 cawan gula ising
-2 biji kuning telur
-3 cawan tepung gandum ayak bersama
-1 sudu teh baking powder
-4 cawan emping jagung (ramas hancur)
-manik hiasan
-sedikit kismis jika suka
-paper cup secukupnya

caranya
-pukul butter dan gula kembang sedikit,masukkan kuning telur
-masukkan emping jagung berselang seli dgn tepung
-tambahkan kismis
-gaul sebati hingga dpt doh yg sempurna (adunan agak lembut)
-sudukan ke dalam paper cup
-hiaskan dgn manik
-bakar suhu 150c ,25-30 minit.