Monday, 23 December 2013

apam gula hangus (mesti cuba tanpa minyak atau butter)

baru keluar kukusan..panas lagi nih!...

dah sejuk sikit,baru terbalikkan...humakkkkk! tembamnyer diaa..

lepas potong,huuu,gebus,sedapnyerr mkn pepetang...
 
bahan2 (sumber my resipi)
-1 1/2 cawan gula*
-2 cawan air*
-1 cawan gula
-4 biji telur gred A
-4 cawan tepung gandum ayak bersama
-4 sudu kecil soda bikarbonat (guna sudu kfc tu)
-1 tin susu cair

caranya
-gula bertanda* di goreng hangus,(hingga warna perang coklat dan jadi pekat)
-kemudian masukkan air (hati2,sbb gula tadi akan meletup2 sikit). kacau sebati dan sejukkan..
-sementara itu,blender kan telur bersama 1 cwn gula tadi..blend hancur.
-tuangkan dalam mangkuk dan masukkan tepung yg berayak dgn soda tadi..masukkan juga susu cair
-kacau sebati dan setelah itu masukkan gula hangus mula2 tadi..
-kacau dan lagi elok di tapis sebelum di masukkan ke dalam loyang..loyang tu kena griss dulu yaa..
-sblm tu panaskan kukusan,dan kukus selama 45 minit atau hingga masak..
(kalau guna loyang kecil jgn isi penuh sbb apam ni akan naik)