Thursday, 30 April 2015
biskut nestum rangup
bahan2
- 1cawan buttercup
-1 cawan gula (tak suka manis kurangkan la sikit)
-1 biji telur
-1 sudu kecil esen vanilla
-3 cawan nestum ( sila blender dulu)
-1 cawan tepung gandum
-1 sudu kecil soda bikarbonat
caranya
-putar buttercup,telur dan gula ,jgn kembang sngt..agak2 sebati saja
-masukkan esen vanilla
-kacau lagi dan masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat
-masukkan pula nestum kisar..uli hingga mendapat doh yang tak melekat di tangan.
(kalau agak lembik,sila tambahkan sikit tepung gandum)
-buat bentuk dan bakar pada suhu 160c selama 20 minit.
(boleh tambah badam cincang atau coklat cip dalam adunan tu.lagi sedap)
apam tepung beras
bahan2
-2 1/2 cawan tepung beras
-1/2 cawan tepung gandum
-1 1/2 cawan air masak
-1 cawan gula
-sepeket yis kering
caranya
-blenderkan semua bahan..
-masukkan dlm bekas dan peramkan sejam atau hingga naik berbuih2
-setelah di peram boleh bahagikan warna dan oleskan acuan dgn minyak
-kukus selama 15-20 minit..
Tuesday, 7 April 2015
apam gula hangus bersantan
apam gula hangus bersantan
bahan2nya
1/2 cawan gula,hanguskan dan masukkan 1/2 cawan air..ketepikan dan sejukkan
3 biji telur di mixkan dengan 1 cawan gula dan esen vanilla hingga gebu..
masukkan pula gula hangus tadi
masukkan juga tepung gandum 2 1/2 cawan + 1 sudu teh soda bikarbonat
selang selikan dengan memasukkan 1 cawan pati santan.
grisskan loyang dan kukus hingga masak..
apam nasi
apam nasi
bahan2nya
2 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
sepeket yis (mauripan ler tu)
caranya
blender kan nasi,gula dan air
satukan tepung beras dan tepung gandum ,masukkan bahan blend tadi beserta yis..
perapkan,hingga naik skit dan berbuih,dah boleh kukus..masukkan dalam acuan atau loyang yg di sapu minyak dulu..then baru kukus sampai masak..kejap jer..dalam 20 minit gitu..
kek buah gebu
kek buah gebuss
bahan2nya
1 1/2 cawan air
1 cawan gula
1 cawan buah kering .(masak sumua ni sampai buah tu kembang lembut)
kendian masukkan 1 cawan marjerin..kacau larut dan rehatkan hingga sejuk.
mixkan 3 biji telur sampai kembang dan masukkan 1/2 cawan susu pekat.
mixkan lagi dan masukkan 3 1/2 cawan tepung gandum yg di ayak bersama 1sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat,selang selikan dgn bahan yg di masak tadi..
grisskan loyang dan masukkan adunan..kukus selama 1 jam atau hingga masak api sederhana.
semperit susu
semperit susu
bahan2nya
250gm butter
1/2 tin susu pekat (brand ape pun takper)
600gm tepung jagung
sikit esen vanilla
caranya
pukul susu dan butter .jgn kembang sangat..agak sebati sudahla.
masukkan esen vanilla dan kacau lagi..masukkan pula tepung jagung sikit2.
agak2 dah cukup elok adunan tu jgn gunakan semua tepung yer..agak2 lah..kalau masih lembek,tambah lagi tepung tu..
kemudian picit dalam acuan semperit..ade yg panggil kuih ni biskut dahlia susu..semperit pun yer jugak..suke ati lah nk bg nama apa..tp dok dlm mulut cair..tu yg sedap sangat tu.
bakar pada suhu 160 c selama 20 -25 minit.ikut oven memasing lah..
kuih lapis cantik
kuih lapis cantikk (nama glemer giteww)
bahan2nya
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
1 cawan gula
4 cawan santan (saya guna santan paket tu jer)
pewarna
caranya
masukkan semua bahan kecuali pewarna tu.kacau bagi sebati,kemudian bahagikan warna..saya suka putih merah jekk..nak kaler lain suke ati yerr..
panaskan kukusan,sapukan minyak pada loyang,masukkan secawan adunan dan kukus...
agak 3 minit,masukkan secawan lagi..kali ni yg bewarna la pula..ulang la proses sampai abis..dah sejuk baru la potong..baru ler cantikk...
kek pisang kukus
kek pisang kukus
bahan2 nya
(bahan ayak)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1sudu teh soda bikarbonat
bahan di blend
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak
5 biji pisang (ikut suke la pisang ape,kalau kecik tambah la sebijik dua lagikk yer)
cara2
blend bahan2 kat atas tu ,kemudian campur bahan ayak tadi sikit2.kaup balik sampai sebati.grisskan loyang dan masukkan adunan..sblm tu, panaskan kukusan dan kukus 25 minit atau hingga masak dgn api sederhana.
Subscribe to:
Posts (Atom)