Monday, 20 May 2013

roti pandan

baru keluar oven

lembut dan sedap..
bahan2
-500gm tepung gandum
-1 biji kentang di rebus dan di lecek
-sepeket yis kering
-1 sudu kecil baking powder
-1 sudu makan lemak sayur
-1 sudu makan marjerin
-4 sudu makan gula( suka manis lebihkan)
-1 biji telur
-sedikit pewarna dan perisa pandan
-air suam secukupnya untuk menguli
(nak tambah susu tepung dalam 5 sudu makan juga boleh)

caranya
-campur kesemua bahan kecuali air
-gaul rata
-kemudian baru masukkan air suam sikit2 hingga mendapat adunan yg tak melekat di tangan
-adunan jgn terlalu keras atau terlalu lembik
-uli hingga mendapat doh yg elastik dan lembut
-rehatkan doh hingga naik sekali ganda saiz
-setelah itu,tumbuk2kan doh utk membuang angin
-bentukkan doh mengikut citarasa..oles loyang dulu sebelum meletakkan doh tadi
-rehatkan lagi doh hingga naik sedikit
-sebelum itu panaskan oven pada suhu180c dan boleh bakar roti selama 35 minit atau hingga masak
-sapu marjerin atas roti setelah di keluarkan..
(buat roti kena rajin menguli..ambil masa sedikit tetapi hasilnya roti yang lembut dan gebu)

Tuesday, 14 May 2013

second time berbunga


second taim berbunga2...masa ni saye demam kure2..kejap sejuk kejap panas badan ni..tp semangat mummy day nyer pasal,gagah kan la jugak..pape pun ini hasil tangan saye yg tak pernah blajar dr mana2 pun..walau tak perfect,tetap saye abadikan kat sini sbg kenangan langkah pertama berbunga2 kat atas kek..

Friday, 10 May 2013

pertama kali berbunga - bunga




saja haplod la gambar ni..pertama kali berbunga -bunga..perlu latihan lagi,al maklum la,pertama kali pegang nozel..usaha tangga kejayaan..insyaallah boleh..

Wednesday, 1 May 2013

roti koko


bahan2
-1/2 kilo tepung protein tinggi (tepung gandum pun boleh tp kurang tip top laa)
-sepeket yis kering(mauripan)
-1/2 cawan serbuk koko
-sebiji telur
-1 sudu makan lemak sayur
-1 sudu makan marjerin
-1/3 cawan gula
-1/3 cawan susu tepung
-1sdt bread improver
-1sdt dough softner
-air suam secukupnya untuk menguli

caranya
-masukkan semua bahan kecuali air suam
-gaulkan bahan hingga sebati
-kemudian baru masukkan air suam sikit2 dan uli hingga mendapat doh yg tak melekat
-uli lagi hingga doh betul2 elastik
-rehatkan doh hingga naik sekali ganda saiz
-setelah itu,tumbukkan doh utk keluarkan angin dan uli lagi
-oleskan loyang dan bentukkan semula doh mengikut citarasa dan susun doh dalam loyang td
-peram semula doh hingga naik sekali lagi
-bakar pada suhu 180c selama 20-25 minit atau hingga masak (jgn lupa panaskan oven dulu)
-setelah masak keluarkan dan sapukan mentega pada permukaan roti
*kena rajin menguli,dan pastikan doh betul2 elastik dan lembut br boleh stop menguli...hasilnya roti lebih lembut dan gebu...

apam gula hangus


bahan2
-1 cawan gula pasir
-1 cawan air
(masak gula hingga hangus dan tambahkan air, sejukkan sebelum di gunakan)

-2 biji telur
-1/2 cawan minyak masak
-2 sudu susu pekat
-1 sdt soda bikarbonat
-1 1/2 cawan tepung gandum
-2 sudu marjerin

caranya
-blender telur,susu,minyak dan marjerin selama lebih kurang 3 minit
-masukkan air gula hangus tadi dan soda bikarbonat,blend lagi
-masukkan tepung dan kisar lagi sebati
-oleskan loyang dan masukkan adunan,kukus selama 30 minit atau hingga masak