Saturday, 30 March 2013

kek coklat sempoi

sejukkan sekejap sebelum di terbalikkan

siap di potong..tak sempat make up dah...
bahan2
-2 cawan gula caster (taknak manis bleh kurangkan)
-2 cawan tepung gandum
-1 cawan serbuk koko
- 1 cawan minyak
- 1 cawan susu cair
-3 telur gred B
-2 sudu teh soda bikarbonat
- 1sudu teh baking powder
-1 sudu teh esen vanila
-1 cawan air panas


caranya
-campurkan semua bahan kecuali air panas
- kacau hingga sebati
-setelah itu masukkan air panas dan kacau semula hingga benar sebati
-panaskan kukusan terdahulu dan tutup loyang dgn foil utk elakkan air menitis atas kek
-kukus selama 45 minit atau hingga masak.
(paling simple dan sedap sbb tak perlu mixer segala bagai..kejadiannya pun memuaskan..juga boleh di bakar selama 30 minit ,bergantung pada keadaan oven anda)

bahulu gulung


bahan2
-3 biji telur ayam gred A
-90 gm gula halus
-100gm tepung gandum*
-1/2 sudu kecil baking powder*
-1/2 soda bikarbonat*
(*di ayak bersama)
-1/2 sudu kecil esen vanila
-sebarang jem sebanyak 2 sudu makan

caranya
-telur,gula di pukul kembang dan gebu
-masukkan esen vanila
-mix lagi dan masukkan bahan ayak
-kaup balikkan dgn spatula hingga sebati
-lenserkan kertas minyak yg di potong saiz loyang
-tuangkan adunan ke atas loyang.bakar pada suhu 180c selama 10-12 minit
-keluarkan dr oven dan terbalikkan kek
-sapukan sebarang jem dan gulungkan dgn perlahan dgn di alas baking paper
-simpankan kek ke dalam peti sejuk selama 1/2 jam sebelum di potong

Tuesday, 12 March 2013

kuih lapis


bahan2
-1 cawan tepung beras
-2 cawan santan pekat
-2 sudu makan tepung gandum
-2 sudu makan tepung jagung
-1/2 cawan gula pasir
-sedikit garam
-pewarna merah dan perisa ros

caranya
-masakkan santan sekadar suam2 di atas api perlahan
-masukkan semua bahan lain dan tambahkan santan tadi
-kacau sebati dan tapiskan bancuhan
-bahagikan 2 bahagian dan letakkan satu bahagian dgn perisa dan pewarna ros
-kukus selapis2 hingga habis adunan..adunan terakhir kukus lama sikit utk memastikan kuih masak sekata.
-sejukkan sblm potong dan potong menggunakan pisau plastik utk mendapat belahan yg cantik..

kek kopi simple


bahan2
-125gm butter
-100gm gula halus
-125 gm tepung kek ayak bersama
-1 sudu kecil baking powder
-2 biji telur
-1 sudu teh esen vanilla
-1/4 cawan air kopi sejuk

caranya
-mix butter dan gula hingga kembang
-masukkan telur sebiji2
-putar lagi hingga gebu
-masukkan esen vanilla
-akhir sekali masukkan tepung kek berselang seli dgn air kopi
-grisskan loyang dan bakar pada suhu 180c selama 30 - 40  minit..