Monday, 20 January 2014

tat nenas nyonya

setelah di sejukkan...tinggal ngap ajer ni.

selepas keluar dari oven...

bahan2 (sumber mat gebu)
-300gm tepung gandum
-4 camca besar tepung jagung
-3 camca gula ising
-200 gm buttercup
-1 sudu kecil esen vanilla
-sedikit warna kuning
-2 biji kuning telur
-inti nenas secukupnya (di gentel bulat)

caranya
-kuning telur,esen vanilla dan pewarna kuning di satukan di kacau sebati..ketepikan..
-sementara itu satukan bahan lain,kacau menjadi serbuk,dan kemudian masukkan buttercup
-uli hingga sebati dan tuangkan campuran kuning telur tadi sikit2
-uli hingga mendapat doh yg tak melekat di tangan
-(kuning telur tak di gunakan semua,mengikut kesesuaian doh)
-terapkan menggunakan acuan tat nyonya
-masukkan inti di tengahnya
-bakar pada suhu 170c selama 20 minit

Tuesday, 7 January 2014

kek sarang semut


bahan2
-untuk gula hangus
_1 cawan gula
-1 cawan air
-2 sudu makan mentega
(masukkan gula dlm periuk,goreng hancur hingga perang dan hancur,kemudian masukkan air..akhir,masukkan mentega..kacau sebati dan sejukkan)

-bahan kek
-4 biji telur
-1 cawan susu pekat
-1 cawan tepung gandum di ayak bersama
-2 sudu kecil soda bikarbonat
-1 sudu kecil esen vanilla

caranya
-pukul telur hingga kembang
-masukkan susu pekat (kalo tak nak manis,boleh kurangkan susu)
-masukkan tepung berayak td sikit2
-masukkan esen vanilla
-kacau sebati dan akhir sekali masukkan gula hangus mula2 td.
-griskan loyang dan masukkan adunan
-bakar pada suhu 170c selama sejam atau hingga masak mengikut kesesuaian oven.
(resepi sblm ni,bakar suhu bawah saja kemudian baru guna api atas,tp percubaan kali ni menggunakan api atas bawah sekaligus juga boleh di guna pakai..hasilnya tetap memuaskan)