baru keluar oven..panas2.. |
taraaaa....siap potong dah..lembut dan gebu.. |
-500 gm tepung roti (tepung high protein)
-setengah cawan susu tepung
-setengah cawan gula halus
-sepeket yis kering (mauripan)
-1 sudu makan mentega
-1 sudu makan lemak sayur
-1 sudu teh bread softner
-sedikit air suam utk menguli
-sedikit bijan
-sebiji kuning telur bercampur sedikit susu cair utk gris atas roti
caranya
-campurkan tepung,susu tepung,gula,yis, mentega,bread softner dan lemak sayur dalam mangkuk
-uli dengan air suam hingga mendapat doh yg lembut dan elastik..(masukkan air sikit2 hingga mendapat doh yg tak melekit dan uli hingga doh betul2 lembut)
-peram seketika doh hingga naik sekali ganda saiz
-tumbuk2kan doh utk keluarkan angin dan uli semula
-griskan loyang dgn mentega dan masukkan doh ke dalam loyang.rehatkan seketika hingga doh naik sekali lagi
-setelah itu griskan doh dgn telur kuning bercampur susu cair td dan taburkan bijan
-bakar selama lebih kurang 40 minit pada suhu 170c.
-keluarkan roti dari oven dan griskan roti dengan mentega utk roti yg wangi, lembut dan berkilat.
No comments:
Post a Comment