Saturday, 28 April 2012

sosej roll (resepi roti bai)

menggunakan resepi roti bai...cuma cara membentuk berlainan..di tambah sosej..menjadi kegemaran anak2.
                                          
canai doh dan potong kepada sepuluh bahagian atau lebih mengikut jumlah sosej.kemudian lilitkan pada sosej.
dah siap melilit...sapu telur kuning campur susu cair pastu tabur bijan
                                       
dah siap bakar..susun jarang2 dlm bekas sbb roti mengembang.

haaa..tengok...camni la dalam roti tu.elok bersarang..maknanya lembut dan gebu.


bahan2

-500gm tepung gandum
-1 paket yis mauripan
-3/4 cawan gula
-air suam 1 1/4 cawan(di bancuh dgn gula)
-1 sudu kecil garam
-1 biji telur
-marjerin 2 sudu besar
-lemak sayur 2 sudu makan
-3 sudu besar susu tepung


cara2
-gaul tepung dengan mauripan,garam dan susu tepung
-masukkan telur dan uli guna air bercampur gula tadi.(air gula guna ikut keperluan doh.jgn terlalu keras)
-akhir sekali baru masukkan marjerin dan lemak sayur.uli lagi hingga betul2 sebati dan doh tidak melekit.
-tutup doh dgn kain lembap dan peram hingga naik sekali ganda saiz
-setelah itu,buat saiz roti anda dan susun dlm loyang yg di laser .jarakkan doh sebab ia akan mengembang.
-tutup semula doh dgn kain lembap dan peram semula hingga naik sekali ganda saiz.
-panaskan oven 180c ,dan bila cukup naik,bakar selama 15 minit atau sehingga roti masak.
-(sebelum bakar,sapukan atas doh dengan kuning telur campur satu sudu susu cair dan taburkan bijan kalau suka.sesudah masak , sapukan mentega atas roti utk menaikkan warna dan bau...


Wednesday, 25 April 2012

kek batik aura

bahan2
-250gm butter
-100gm gula castor
-1 sudu kecil ovellate
-3/4 cawan susu pekat manis
-250gm tepung gandum -ayak bersama
2 sudu kecil baking powder
-6 biji telur
-beberapa pewarna dan satu perisa(paste)

cara2
putar butter ,gula dan ovellate hingga kembang,masukkan susu..
-masukkan tepung diayak bersama baking powder tadi
(guna spatula utk kacau)
-bahagikan beberapa bahagian
_warnakan bahagian dan perisakan satu bahagian
-lapiskan satu2 warna,dan ulang proses utk dptkan batik
-bakar 40 minit atau sehingga masak suhu 150c
(jgn lupa griskan loyang sblm guna dan oven harus panaskan dahulu)

Monday, 23 April 2012

pau

bahan2
-sekilo tepung gandum
-setengah paket yis mauripan
-satu sudu kecil soda bikarbonat
-sebiji telur
-secubit garam
-air utk menguli
-sebarang inti

cara2
-campur semua bahan dan uli sampai doh sebati
dan tak melekat.
-perap doh selama setengah jam
-setelah naik bulatkan dan masukkan sebarang inti kesukaan
-perap lagi doh berinti tadi selama lebih kurang 15 minit atau hingga doh naik semula
-kukuskan selama 10 minit atau hingga masak.
-jgn lupa panaskan kukusan sebelum mengukus.api jgn terlalu kuat ,khuatir pau masak mengejut.

Friday, 20 April 2012

besday abang

meraikan hari lahir suami yg tersayang..alhamdulillah,semua mengikut perancangan.walaupun budget kecik2 jer.tp yg seronoknyer menjadi..lucu bila mengingatkan reaksi suami bila di suruh meniup lilin 4 batang mewakili 40 tahun.ermmm! hahaha..waktu tu lepas solat maghrib..dia dengan berkain pelekat tanpa baju terus ke ruang tamu yg gelap..waktu tu ler kami menyanyikan lagu besday smbil bawak kek yg menyala lilinnya..uhh...sukanya bila ingat.tambah meriah bila adik dan suaminya turut serta ,juga jiran yg sporting abis.
pada awalnya ingt nak ler membaking sendiri kek..tapi tak sempat sbb dgn adanya budak kecik kat umh..tak menang tangan di btnya..senang citer,beli jer la.tak sempat tempah2..rembat apa yg ada kat kedai.kecik jer pun keknya tuu..jd laa..bt syarat..tp sempat juga la bt makanan lain,menu utama mee kuah dan kuih muih..jadi laa..yg best sempat suruh anak sulung pergi kedai beli belon.hahaha...kecoh betui ari tu..
tup2 suami telefon guna no lain..kunun menyamar jd org lain ler teww...tp aku tau tu suara dia..aittt! cam tau2 jer kami dok merancang sesuatu kat dia..hahaha..lawak2..td katanya kat bukit jalil..siap suruh aku google map,nk cari tempat tak jumpa..tup2 dah kat putrajaya..hallamak..! aku br masak kuah mee..belon tak sampai lagi..mujur ler sempat..jd pesta tiup belon la pulak kat umah.ramai2 tiup belon kemudian sorok kat bawah kerusi tutup dgn kain..aduii!..apa punya kecoh daa..
iskk iskk iskk....dia dah sampai depan pintu umah.kami anak beranak bt selamber jer.sempat dia tegur..'aii sapa punyer plan bt mee ni?' aduiii...aku jawab ler tadak nasik ari ni.lauk sardin.bosan! tu sbb masak mee..fuhh! ayat cover..selamat la..hahaha.then aku suruh dia mandi,solat.aku awal2 dah settle.tunggu dia jer seksiap.lepas solat lambat pulok dia kuar bilik.dok menilik peta kawasan kuala lumpur plak dah....haiyaa..lilin pasang dah ni atas kek.lambat2 mau cair kek ni.lorr...ingtkan baca yassin..maklum ler malam jumaat..then br dia kuar kedepan dan acara pun bermula..soo sweet laa..sampai bila2 aku tak lupa..
syukur laa...semoga tahun2 hadapan juga akan ada pesta kecil lagi begini.walau kecil tapi bagi aku,juga bagi kami semua amat bermakna..masa utk merapatkan hubungan anak beranak..

chiken blackpeper puff

saiz sedang2
mini puff
bahan untuk doh
-setengah kilo tepung gandum
-setengah cawan marjerin
-sebiji telur ayam
-sikit garam
-air utk uli
-campur semua dan uli hingga jadi doh

inti
sekilo ubi kentang
setengah cawan daging ayam kisar
satu sudu kecil lada hitam*
satu sudu kecil origano
satu sudu kecil jintan manis*
satu susu kecil jintan putih*
bawang merah,bawang putih*
garam
sedikit air
-tumis bahan bertanda*
-masukkan ubi
-masukkan air sikit
-masukkan garam
-masukkan garam dan tunggu ubi empuk




No comments:

Post a Comment