roti inti tuna...sedap dan gebu... |
posing sebelum masuk oven..jarakkan roti sebab nanti ia mengembang. |
-setengah kilo tepung gandum
-satu peket yis kering
-satu sudu teh bread improver
-satu biji telur kuning
-3 sudu besar susu tepung
-secubit garam
-1 cawan gula di bancuh dgn 1 1/4 air suam
-2 sudu besar marjerin
-2 sudu besar lemak sayur(shortening)
-inti tuna dalam tin
utk sapuan -sebiji telur kuning dan satu sudu susu cair,sedikit bijan
cara2
-satukan semua bahan kecuali marjerin dan lemak sayur
-uli menggunakan air bergula tadi( air guna ikut kesesuaian doh.masukkan air sikit2)
-setelah doh hampir jadi,masukkan marjerin dan lemak sayur
-uli lagi hingga sebati dan peram doh hingga naik sekali ganda saiz
-setelah naik,tumbuk doh utk keluarkan angin..uli semula dan masukkan inti, bentukkan doh spt gambar bertanda A,B,C,D
-peram semula hingga naik sedikit, sapukan telur kuning bercampur susu cair,taburkan bijan ,kemudian bakar suhu 150c selama 20-25 minit atau bergantung pada kesesuaian oven
-menghasilkan 12-13 biji roti bersaiz spt gambar di atas.