kuih tradisi jgn di lupa..tepung bungkus.. |
tepung beras yg di masak dgn santan dan garam..cmni ler rupanya..jgn lembek dan keras sangat |
dah siap bungkus.tunggu giliran nak kukus ni. |
untuk inti
-setengah biji kelapa parut(muda)
-satu cawan atau satu cawan setengah gula merah
-masak kelapa dan gula merah hingga kering.ketepikan
(satu cawan tepung pulut di bancuh air dan di uli..bulatkan inti kelapa kecil2 dan masukkan dalam tepung.) kalau taknak cara ni pun boleh,cuma bulat2kan inti supaya mudah nak letak atas tepung nanti.
bahan tepung
-2 cawan tepung beras
-sepeket santan di bancuh dgn 2 cawan air
-satu sudu kecil garam
(masak semua bahan di atas api sederhana hingga pekat tetapi tidak terlalu keras)
-letak adunan atas daun pisang di layur dan letak inti spt gambar bertanda A.
-tujuan dibulatkan inti bersama tepung pulut utk mendapatkan rasa liat2 pada kuih.taknak pun boleh..
-lipat daun pisang dan ulang proses hingga habis adunan
-kukus di panaskan dahulu dan kukus selama 15 minit atau hingga masak.
No comments:
Post a Comment