Tuesday, 7 February 2012
khazanah lama
Khazanah lama yang setia tersimpan bersama2ku hingga ke hari ini.Sungguh pun usia barangan tersebut tak dapat di pastikan,namun yang pasti ia bukan barangan yang di buat semula.Ia barang asli turun temurun.Seingat aku,tempayan itu telah ada sejak aku kecil.Emak mewarisi dari almarhum nenek.dan aku mengambilnya dari emak.Sewaktu mengambilnya juga ,terpaksa aku meredah semak rumah lama di kampung.Sejak pindah,kami tidak pernah menjejak kaki ke rumah lama itu lagi.Tempayan ini juga hampir di timbus tanah.Kerana sayang akan nilai sentimennya,aku mengambil ia balik ke rumah ku.Pada waktu kecil,tempayan inilah yang berkhidmat sbg takungan air utk basuhan kaki sebelum masuk ke rumah.Sungguh nostalgia kenangan itu tatkala hidup di rumah papan,bersuasanakan desa ...
Dulang tembaga dan gobek itu pula,bukan harta keluarga ku.Dengan izin tuannya,aku mengambilnya.Dari di biarkan di jual sbg besi buruk,suamiku bersungguh menggilap dan menjaganya.Sudah lama sejak tuan empunyanya berpindah kediaman,di tinggalkan begitu saja.Bagiku barang lama sebegini harus di jaga.Anak2 empunya juga tidak ambil pusing ..Rumah mereka juga di sewakan pada org luar.Sedikit khazanah yang ada di persia2,dijual...Ahh!! sayangnya.
Nasihat ku,warisilah,jagalah,sayangilah khazanah lama.Mungkin nilainya tak seberapa,tapi bayangkan berapa lama ia wujud dan kegunaannya pada salasilah keturunan kita..Kalau bukan kita yang menjaga...siapa lagi..Juga berwaspadalah,kerana mungkin sesetengah khazanah ini ,mungkin ber'tuan'.Aku pernah mengalaminya...di sebuah kedai menjual barangan lama.'benda' itu mengikut balik tanpa sedar...syukurlah...dengan sedikit pengetahuan,semuanya kembali pulih..
(semua barang tersebut usianya dianggarkan 100 tahun lebih ).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment