Tuesday, 7 February 2012

mistik sebilah parang

PARANG ILANG

 Gambar di atas merupakan gambar sebilah parang panjang yang di kenali sebagai parang ilang.Menurut salah silah keturunannya,ia berasal dari borneo,di gunakan pada zaman dahulu utk kegunaan peperangan.Yang memiliki parang ini adalah ketua atau pemimpin sesuatu pasukan peperangan itu.
 Bercerita tentang kegunaan parang ini,salah satu fungsinya adalah untuk memancung kepala2 musuh.Bilangan parang ini tidak banyak memandangkan ia hanya di pakai oleh ketua satu2 suku kaum sahaja.
 Bagaimana aku boleh mendapat gambar parang ini? kisah terjadi pda 10 hb januari 2011 tahun lepas.Bermakna sudah setahun parang ini berada berhampiran keluarga kami.Pada suatu petang yang damai,aku dan keluarga berkelah di pantai Bagan Lalang..Air yang surut menampakkan selut2,suami serta anak2 bergembira untuk bermain dengan suasana itu.Ketika itulah semuanya bermula..
 Aku yang kekenyangan malas untuk menyertai mereka..Entah kenapa hati terasa berat .Mungkin cuaca panas dan rasa mengantuk membuatkan aku rela bersendirian di bawah sepohon pokok di situ.Di kala asyik di jamah angin sepoi2 petang itu,tiba2 aku terpandang sesusuk manusia bersama2 dengan 2,3 orang sedang menerpa ke arah ku..Hairan dengan keadaan itu,aku bingkas bangun..Masyaallah,bagaimana aku tidak perasan..Yang datang tadi adalah suami dan anak2ku.Di tangan suamiku ,ku sangkakan sebatang kayu..Lusuh dan penuh lumpur.Tapi bila di amati,barulah aku tahu...kayu itu sebenarnya sebilah parang yang bentuknya cukup unik..Hairan juga kerana kata suamiku,masih ramai orang yang lalu lalang di kawasan dia menjumpai parang itu.Takkan mereka tak nampak parang yang begitu panjang dan indah buatannya.
 Beberapa orang yang berdekatan dengan kami turut melihat2 rupa parang tersebut.Dan kata mereka,untuk menyentuhnya juga mereka takut.inikan pula mengambil dari tempat di mana di jumpai.Aku yang agak terpana,cuma diam dan meneliti buatan parang itu.sementara itu anak2 dan suami meneruskan untuk bermain2 lumpur.Maka tinggallah aku bersama parang tadi.Dengan sedikit pengetahuan,di mulakan dengan bismillah,aku membuka sarung parang itu dan serta merta serasa naik bulu tengkuk,menandakan parang itu punya mistik tersendiri.Itu pendapat peribadiku tatkala itu.
 Setelah hampir senja,kami beransur pulang.Bagaimana dengan parang itu?.Suami mencadangkan supaya di bawa balik saja.Hati ku berat memandangkan perjalanan kami jauh.Bagaimana jika terjadi apa2..Kata orang benda yang di jumpa di laut,tidak elok di bawa balik kerana mungkin niat orang itu membuang sial atau sebagainya..Walau pun begitu,aku bertawakkal semoga tiada apa2 terjadi pada kami.
 Sesampai dia rumah,suami memutuskan untuk menyimpan parang itu di rumah kawannya.Yang menjadi tanda tanya,kawan suami tadi sudah 3 malam berturut bermimpi di berikan senjata,tapi dlm mimpinya itu,dia tak berjaya menariknya keluar dari perut bumi,dan apabila dia di beritahu tentang penemuan tadi,dia berbesar hati untuk menyimpan parang itu.Aku merasakan terdapat sesuatu yang seperti di rancang di sini.Tapi aku tak berani untuk mengambil dan menyimpan nya di rumah.Sungguh nasib baik.,kerana menurut isteri kawan suami ,memang ada gangguan pada permulaan mereka menyimpannya di rumah mereka.Antaranya,parang itu bergoyang2 sendiri,si isteri tidak dapat memegang parang itu kerana menurutnya panas dan tingallah parang itu di depan rumah mereka.Lagi menghairankan,jiran2 mereka juga tidak berani untuk memegangnya kerana menurut mereka perasaan gerun dan seram tiba2 datang.
 Dengan bantuan google,aku mencari imej serupa.Rupanya,ulunya di perbuat dari tulang2 atau tengkorak,jika yang masih baru ada rerambut mengurai,diambil dari kepala yang di potong..Oh!! sungguh mengerikan.Anyaman pada sarungnya juga sangat halus..Hairan kerana sudah lama terbenam dia dasar laut,keadaannya sangat elok.Malahan karat2 pada bilahnya juga hilang.Dan sebenarnya,karat2 itu terhasil dari kesan darah..makanya kawan suami ku tadi mencucinya dengan  limau..hasilnya sangat terserlah..Buatannya halus.
 Berbalik pada kawan suami ku tadi,dia bertanya pada orang yang arif soal senjata dan mistik..ternyata parang "di tarik" dari sungai besar Melaka.sama ada si penariknya tidak boleh memegangnya atau si penarik terlepas pandang pada khazanah itu.Yang pasti parang itu terus hanyut sehingga terbenam dasar lumpur dan suamiku lah yang menemuinya.
 Pada awalnya aku menyangka,nelayan terjatuh parang tika memancing ikan.Tapi mustahil parang sepanjang itu di gunakan untuk di bawa memancing.Lebih elok kalau di buat hiasan dari bersusah membawa parang sepanjang itu ke laut..Benarkan?
 Apapun sepanjang ia berada di rumah kawan suamiku,ada juga lah perkara2 mistik berlaku pada diriku sendiri.Sebelum penemuannya,sudah beberapa kali aku bermimpi ada imbasan muka pahlawan sabah /sarawak menjelma di bilik.Juga selepas menyimpan di rumah kawan suami,ada juga imbasan secara tak jelas datang bertanya khabar tentang parang itu..Takut??..memang takut kerana aku hamba Allah yang lemah serba serbi..Cumanya aku bertawakkal,semoga tiada apa2 yang buruk berlaku.Yang baik itu datang dari Allah Taala,yang lemah itu datang dari hambanya juga.Jika Allah tak mengizinkan,insyaallah kita di dalam lindunganNya..Wallahualam....

No comments:

Post a Comment