Thursday 19 July 2012

oren cup kek





bahan2  (16 biji)
-100 gm gula kastor
-100 gm tepung naik sendiri
-3 biji telur
-1 sudu teh ovellete
-20ml air sejuk
-1 sudu kecil esen oren
-20 ml minyak

cara2
-campur semua bahan kecuali minyak ..putar kelajuan tinggi hingga sebati.
-masukkan minyak dan kacau balikkan dgn senduk sahaja..
-masukkan dalam cup..jgn penuh ,hanya separuh.
-bakar suhu 150c selama 35 minit atau hingga masak.


butter cream
-140gm butter
-2 sudu makan lemak sayur(shortening)
-120gm gula ising(di ayak)
-1 sudu makan susu pekat

caranya
-butter dan gula dipukul kembang
-masukkan lemak sayur dan pukul lagi
-akhir masukkan susu pekat
-tambah perisa dan pewarna jika mahu..

Wednesday 18 July 2012

apam 3D

bahan2
-3 biji telur
-1 sudu besar ovellatte
-200gm gula kastor
-150ml susu segar
-275 gm tepung gandum
-4 sudu besar baking powder
-beberapa pewarna dan perisa

caea2
-telur ,ovellatte dan gula di pukul hingga kembang
-masukkan susu segar dan masukkan tepung sikit2 dan masukkan baking powder
-pukul lagi hingga sebati
-bahagikan beberapa bahagian dan masukkan perisa dan pewarna
-masukkan dlm paper cup dan kukus 10 minit
-setelah itu boleh di corakkan atasnya dgn warna berbeza dan kukus semula selama 5 minit..

biskut sarang semut

baru keluar oven...

adunan yang siap di parut..lepas ni br masukkan dalam paper cup..
bahan2
-250 gm butter
-1/2 cawan gula
-1/4 cawan tepung jagung
-2 biji kuning telur
-3 gelas tepung gandum(mungkin tidak gunakan kesemuanya,bergantung pada kesesuaian doh)
-1 sudu teh esen vanilla
-coklat rice utk hiasan

cara2
-butter dan gula di pukul kembang
-masukkan kuning telur dan esen vanilla
-masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit2 hingga dapat doh yang sesuai..
-parut/sagat doh dan masukkan dlm paper cup
-hiaskan dgn coklat rice
-bakar pada suhu 160c selama 15-20 minit

Friday 13 July 2012

muffin oren



bahan2
-1 cawan minyak
-1 cwn gula
-2 biji telur
-1 cawan tepung naik sendiri
-1 sudu teh esen oren
-4 sudu makan susu tepung
-1/2 sudu teh double action baking powder
- 1sudu teh ovellate
-coklat cip hiasan jika mahu

-cara2
-tepung di ayak bersama double action baking powder .ketepikan
-pukul telur ,gula hingga kembang dan masukkan minyak
-masukkan tepung yg di ayak tadi sikit2 dan masukkan susu tepung dan ovellate.pukul lagi.tapi janagn terlalu lama.cukup sekadar sebati.
-akhir sekali masukkan esen oren.kacau sekejap dan masukkan dlm cup muffin
-isikan separuh cup dan tabur coklat cip jika mahu
-bakar 30 minit pada sushu 180c..

Thursday 12 July 2012

lala masak sos tiram

enaknyerr di makan dengan nasi

bahan2
-sekilo siput lala segar
-cili kisar 3 sudu makan
-kicap manis secukup rasa
-sos tiram 3 sudu makan
-sos cili 4 sudu makan
-garam ,gula secukupnya

cara2
-tumis cili kisar hingga naik bau
-masukkan kicap manis,sos tiram dan sos cili,kacaukan
-masukkan siput lala dan perasakan garam dan gula
-kacau sebentar dan angkat.

popia nestum horlick


nak mudahkan proses gulung,sediakan lidi satey atau chopstik..gulungkan sekali lidi tu.mudah dan cepat berbanding gulung tanpa gunakan apa2..

hasil satu peket kulit popia yg digulung dan di gunting 3 bahagian
bahan2 nya( takder sukatan tertentu.terpulang citarasa )
-susu tepung (sy guna setengah cawan)
-nestum (sy guna 2 cwn di blend halus)
-gula halus(di ayak)
-horlick(sy guna setengah cawan)
-kulit popia (sy guna yg paket biru)

cara2nya
kulit popia di gulung dan di gunting 3 bahagian
-goreng dan toskan
-gaulkan ke dalam adunan nestum,susu tepung,gula dan horlick
-sukatan bahan ikut kesukaan.
-simpan dlm bekas tertutup.

Friday 6 July 2012

cheese tat


doh yg di masukkan dlm acu tat,tunggu bakar tapi sblm tu kena cucuk sikit dgn garpu,  bg ruang udara kat kulit tat tu..

proses masukkan filling

cara lukis corak pada tat..mulakan dgn bt beberapa garisan,kemudian tarik satu garisan memanjang hala ke bawah.

cream cheesa yg saya guna

tat shell yg boleh disimpan...lain kali nak bt lagi,shell nya dah ada..tinggal bt inti jer..
bahan2 utk tat crust/shell
-170gm marjerin
-50gm gula icing
-1 biji telur gred c
-290gm tepung gandum
-1 sudu kecil esen vanilla

-cara2
-marjerin dan gula di pukul tetapi jgn terlalu lama
-masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi
-masukkan tepung sikit2 sampai dapat doh yg elok.
-ambil adunan dan masukkan dlm acuan tat
-cucuk dengan garpu sblm bakar
-bakar pada suhu 170c hingga masak
(satu adunan dpt dalam 40 biji crust/shell)


bahan cheese filling
-250gm cream cheese
-50gm gula kastor
-1 telur saiz B
-1/2 sudu teh esen vanilla
cara2
-putar cream cheese dan gula hingga kembang
-masukkan telur dan putar lagi
-masukkan filling dlm tat ( strawbery/bluberry )
-tuang creeam cheese tadi di atasnya
-bakar 5 minit pada suhu 170c atau hingga di sentuh dgn jari cheese nya tak melekat..tandanya sudah masak..
(dapat dlm 60 biji,sesuaikan dgn adunan kulitnya,bt dua adunan utk kulit)

-