Monday 28 May 2012

roti tuna


roti inti tuna...sedap dan gebu...


A)lepas taruk inti,lipat sebahagian dan lagi sebahagian potong spt gambar di atas
B)lepas potong,lipat spt gambar tu.pastikan lilitan kemas,takut terbukak time bakar nanti
C)lipat lagi sampai habis
D)dah siap lipat,sapu kuning telur bercampur susu cair satu sudu.tabur bijan jika mahu


posing sebelum masuk oven..jarakkan roti sebab nanti ia mengembang.
bahan2
-setengah kilo tepung gandum
-satu peket yis kering
-satu sudu teh bread improver
-satu biji telur kuning
-3 sudu besar susu tepung
-secubit garam
-1 cawan gula di bancuh dgn 1 1/4 air suam
-2 sudu besar marjerin
-2 sudu besar lemak sayur(shortening)
-inti tuna dalam tin
utk sapuan -sebiji telur kuning dan satu sudu susu cair,sedikit bijan

cara2
-satukan semua bahan kecuali marjerin dan lemak sayur
-uli menggunakan air bergula tadi( air guna ikut kesesuaian doh.masukkan air sikit2)
-setelah doh hampir jadi,masukkan marjerin dan lemak sayur
-uli lagi hingga sebati dan peram doh hingga naik sekali ganda saiz
-setelah naik,tumbuk doh utk keluarkan angin..uli semula dan masukkan inti, bentukkan doh spt gambar bertanda A,B,C,D
-peram semula hingga naik sedikit, sapukan  telur kuning bercampur susu cair,taburkan bijan ,kemudian bakar suhu 150c selama 20-25 minit atau bergantung pada kesesuaian oven
-menghasilkan 12-13 biji roti bersaiz spt gambar di atas.

Saturday 26 May 2012

indocafe kek


deko mmg tak lawa...tapi rasa sedap eih..indocafe kek


suka-suka buat,suka-suka makan...hik3..sempena beday ku..
bahan2
-125gm mentega
-155gm tepung naik sendiri
-2 biji telur ayam
-100gm gula castor
-80 ml susu segar
-2 sudu makan serbuk indocafe
-1 sudu teh coklat emulco
cara2
-pukul mentega,gula hingga kembang
-masukkan telur
-pukul putih dan berkrim
-masukkan tepung berselang seli dgn susu
-masukkan coklat emulco dan serbuk indocafe (boleh di bancuh dgn susu td)
-kaup balikkan dgn spatula
-laser loyang,bakar suhu 150c selama 45 minit atau hingga masak..(bergantung pada oven juga)
(jgn lupa panaskan oven terlebih dahulu)

Wednesday 23 May 2012

apam mekar


taraaaa.......sudah siap..


apam mekar...wajib merekah camtu,kalo tak bukan apam mekar namanya..


posing sebelum masuk kukusan...
bahan2
-180gm gula castor
-2 biji telur suhu bilik
-1 sudu teh ovellate
-1 sudu besar esen vanilla
-250gm tepung gandum
-1 cawan air aiskrim soda suhu bilik

-cara2
-pukul telur,gula dan ovellate hingga kembang.
-masukkan esen vanilla,pukul lagi hingga putih dan berkrim
-masukkan tepung berselang seli dengan air soda
-bahagikan warna (terpulang pada citarasa)
-masukkan dlm acuan dan kukus 7-10 minit

Sunday 20 May 2012

kuih tepung bungkus


kuih tradisi jgn di lupa..tepung bungkus..


tepung beras yg di masak dgn santan dan garam..cmni ler rupanya..jgn lembek dan keras sangat


A) tepung yg dileperkan dan di taruk inti berbungkus tepung pulut.taknak camtu pun takper.terus letak inti jer.
B) proses melipat daun pisang.ala2 macam lipat nasi lemak tu,tapi tak ler membumbun kat atas
C) dah lipat sebelah sana,lipat sebelah sini pula.
D) cmni la jadinyer..kecik skit dr nasi lemak dan leper jer..


dah siap bungkus.tunggu giliran nak kukus ni.
bahan2
untuk inti
-setengah biji kelapa parut(muda)
-satu cawan atau satu cawan setengah gula merah
-masak kelapa dan gula merah hingga kering.ketepikan
(satu cawan tepung pulut di bancuh air dan di uli..bulatkan inti kelapa kecil2 dan masukkan dalam tepung.) kalau taknak cara ni pun boleh,cuma bulat2kan inti supaya mudah nak letak atas tepung nanti.



bahan tepung
-2 cawan tepung beras
-sepeket santan di bancuh dgn 2 cawan air
-satu sudu kecil garam
(masak semua bahan di atas api sederhana hingga pekat tetapi tidak terlalu keras)

-letak adunan atas daun pisang di layur dan letak inti spt gambar bertanda A.
-tujuan dibulatkan inti bersama tepung pulut utk mendapatkan rasa liat2 pada kuih.taknak pun boleh..
-lipat daun pisang dan ulang proses hingga habis adunan
-kukus di panaskan dahulu dan kukus selama 15 minit atau hingga masak.

Friday 18 May 2012

choco pandan kek


tak sempat posing lawa2 dah kene potong...


sangat lembut dan gebu..


masa putar gula,mentega..sampai kembang tau


sebahagian taruk serbuk koko dan koko emulco


sebahagian taruk kaler hijau dan pandan paste


kacau sebati ...2 warna dah siap


proses melapis,.satu demi satu warna


dah siap melapis,tunggu nak bakar


siap di bakar..suhu 150c selama 30 minit ke 40 minit..bergantung pada oven anda
bahan2 (untuk loyang besar seperti gambar kat atas.nak loyang kecil,bahagi dua bahan2.)
-240gm mentega / marjerin
-310 tepung naik sendiri ( self raising flour)
-4 biji telur
-200 gm gula castor
-160 ml susu cair
-satu sudu teh esen vanilla
-satu sudu teh koko emulco
-satu sudu teh pandan paste
-2 sudu teh pewarna hijau dan
-2 sudu teh koko powder

cara2
-pukul mentega dan gula hingga kembang
-masukkan telur,pukul lagi
-masukkan esen vanilla
-masukkan susu cair berselang seli tepung naik sendiri
-setelah agak sebati,kaup balikkan dengan spatula dan bahagikan kpd 2 bahagian
-warnakan bahagian ,satu hijau bersama pandan paste,satu lagi koko emulco dan koko powder
-kacau sebati dan mulakan proses melapis satu demi satu warna
(jgn lupa laser loyang dengan marjerin,oven kena panaskan )
-bakar suhu 150c selama 30 -40 minit...

Thursday 17 May 2012

roti jala

bahan2
-3 cawan tepung gandum
-suku cawan susu cair
-3 sudu makan minyak masak
-secubit garam
-sedikit serbuk kunyit
-air

cara2
-satukan semua bahan dan blender
-gunakan acuan dan jala atas kuali leper yg di sapu minyak,gulung kuih ikut kesukaan..
-sedap di makan bersama kari ayam
(sukatan air mengikut kesesuaian ,tidak terlalu pekat dan cair)

biskut nestum berkismis


biskut yang dah siap
beginilah adunannya..agak lembut..
satu adunan dapat la bnyk ni..posing cam nak raya dah nih..
bahan2
-250gm butter
-100gm kismis
-3 cawan tepung gandum
-3 cawan nestum
-1 sudu kecil baking powder
-1 cawan gula halus
-satu sudu teh esen vanilla
-telur 2 biji
-cara2
-pukul butter dan gula hingga kembang
-masukkan telur
-masukkan esen vanilla
-masukkan tepung gandum yg dia ayak dgn baking powder
-masukkan nestum
-masukkan kismis
-kaup balikkan dengan spatula
-masukkan dalam paper cup,hiaskan dgn ceri
-bakar selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak..

roti menggali berkoko


lembut dan gebu,berbelang coklat pulak tuu..


sedap nih cicah dgn kopi ,sapu srikaya pun boleh ni..
bahan2
-setengah kilo tepung gandum
-1 1/2 cawan air suam di bancuh dgn gula 1 cawan
-sekampit yis kering
-satu sudu satu  bread improver
-dua sudu mentega
-dua sudu shortening
-2 sudu kecil serbuk koko
-secubit garam
-sebiji telur kuning
caranya
-satukan tepung,yis,bread improver,telur kuning dan garam
-bahagikan kepada dua bahagian
-satu bahagian campurkan serbuk koko
-uli bahagian guna air gula tadi
-setelah hampir sebati,masukkan marjerin dan shortening.uli kembali hingga sebati
-bt proses yg sama pada bahagian yg satu lagi
-(sukatan air mungkin lebih atau kurang bergantung pada kepadatan jenis tepung yg di gunakan)
-perap kedua doh dalam bekas berlainan selama lebih kurang seteengah jam
-setelah naik,tumbukkan doh utk keluarkan angin dan uli lagi(proses sama utk kedua doh)
-bentukkan bulat pada doh warna koko td,dan lapiskan dgn doh bewarna biasa
-masukkan dalam loyang pembakar yg di sapu mentega.
-sapu kuning telur bercampur susu cair atas doh.biarkan kembang sekali lagi
-bila cukup kembang,boleh di bakar hingga masak menggunakan api atas dan bawah.

Wednesday 9 May 2012

karipap gajah

sedap di makan bersama sos pencicah

inti kentang bersama ayam dan blackpepper

dah taruk inti kat doh tu kenalah nipiskan bahagian yg akan dikelim


proses mengelim

yg siap di kelim ,satu dulang muat 3 biji jer..
bahan utk pastry
-setengah kilo tepung gandum
-2 sudu besar marjerin
-sebiji telur
-air utk menguli
-campur semua bahan dan uli hingga menjadi doh

bahan inti
-3 biji kentang
-daging kisar
-serbuk lada hitam
-perisa serbuk cukup rasa maggi/garam
-bawang merah ,putih
-air
-3 biji telur di goreng mata kerbau dan di hiris kasar

-tumis bawang  dan daging ayam cincang
-masukkan kentang yang di dadu
-masukkan air dan perisa
-masukkan serbuk lada hitam
-masak hingga empuk


-campurkan inti dan telur goreng yg di hiris ke atas doh yg di canai
-kelim bahagian tepi
-buat saiz yg anda mahu
-(saiz spt gambar di atas menghasilkan 7 biji karipap

bahan sos pencicah
-3 biji cili merah di blend bersama 3 ulas bawang putih
-tambah air ,sos cili dan sedikit cuka makan
-tambahkan gula dan garam
-siap di hidang bersama kuih yg digoreng..

gulai tumis darat ikan duri masin

bahan2
-ikan duri masin
-terung bulat
-rempah kari ikan
-bawang putih,merah
-santan
-garam dan serbuk perisa

cara2
-tumbuk bawang merah ,putih masukkan dalam periuk bersama ikan duri yg di potong
-masukkan rempah kari dan sedikit air-rebus hingga sedikit mendidih
-masukkan santan dan terung bulat yg  di potong
-perasakan garam jika perlu dan sedikit serbuk perisa
-masak hingga terung empuk .tutupkan api
-di kuali yang lain ,gorengkan bawang yg di mayang.goreng kekuningan..
-masukkan bawang goreng dan minyaknya sekali kedalam gulai dan kacau.
-hidangkan bersama nasi panas..memang sedap.

Tuesday 8 May 2012

home made pizza

tunggu di bakar
bahan2 doh ( utk 2 loyang sederhana)
setengah kilo tepung gandum
satu sudu marjerin
dua sudu lemak sayur
garam
yis kering(mauripan)
air utk menguli
-campur semua bahan uli sampai sebati dan rehatkan doh
-setelah naik, uli semula dan canai atas loyang membakar
-laser loyang dgn marjerin supaya tak melekat
-letakkan inti di atasnya
-tunggu adunan naik sedikit dan bakar

bahan inti
daging ayam kisar(masak dgn sikit minyak)
sosej ayam/ketam
capsicum
cendawan butang
keju mozarella / cheddar

-sebelum menabur bahan,sapukan SOS PREGO pada doh yg di canai utk melekatkan bahan di atas doh
-taburkan serbuk oregano utk menaikkan bau pizza..

Wednesday 2 May 2012

pulut panggang

sedapnyerrr....
daun pisang tu layur la atas api dulu ,supaya daun tak pecah time nak menggulung tu.letak pulut dan inti sikit atasnya..

kemudian boleh gulung perlahan2.bentuk2kan gulungan tu supaya jadi panjang ..

dah boleh stepler kat pangkalnyer..nk guna lidi pun boleh..stepler lagi mudah la.

dah selesai..potong la hujung daun tu ..supaya nampak sama dan kemas..

dah nak kena panggang..guna kuali bulat jer.sebelum tu lumurkan tangan dengan minyak masak dan lumurkan kuih tu utk mengelakkan hangit time memanggang.api jgn kuat dan rajin kalih2 kuih tu.

dah siap...wangi jer baunyer..
bahan2
-setengah kilo beras pulut
-1 cawan santan
- secubit garam
pulut di rendam seketika dan di masak dgn bahan di atas.

untuk inti
-sebiji kelapa parut muda
3 batang serai*
cili kering*
bawang*
udang kering/udang kepal*
garam dan gula

*di blender sekali dan tumis.
-setelah agak kering masukkan kelapa parut
-perasakan garam,gula
-masak hingga inti kering