Thursday 23 February 2012

kek pandan lapis kastad

bahan2
200 gm tepung gandum
1 sudu mkn baking powder
2 sudu besar susu tepung
6 biji telur gred A
2 sudu makan ovellate
100gm gula halus
120 ml minyak masak/minyak jagung
2 sudu makan pandan emulco

caranya
-putar semua bahan kecuali minyak hingga kembang dan gebu
-sete;ah kembang masukkan minyak dan kacau secara kaup balikkan
-tuang adunan dalam loyang dan bakar 20-25 minit atau hingga masak
-setelah masak sejukkan dan potong kepada 2 atau 3 bahagian

untuk sos kastad
-2 sudu tepung kastad
-1/2 sudu kecil serbuk agar2
-250 ml susu cair
-80 g gula (atau ikut rasa manis)
-1 sudu besar mentega
-1 sudu kecil pandan emulco
-kelapa kering secukupnya

cara memasak kastad
-satukan semua bahan kecuali kelapa parut
-masak dengan api perlahan hingga pekat
-padamkan api dan biarkan sejuk.

sapukan kastad yg sejuk tadi pada kek dan lapiskan
dengan bahagian kek lain..sapukan keseluruhan kek dengan
lebihan kastad..Boleh juga buat 3 lapisan kek..
setelah keseluruhan kek sudah di salut kastad,
taburkan kelapa kering.simpan dalam peti sejuk..
enak di makan ketika kek sejuk.
camni lah rupa kek yang siap di salut dengan kelapa kering.Bolehlah di simpan dalam peti sejuk lepas ni.

sambal sotong sempoi

bahan2
cili kering*
bawang merah*
bawang putih*
belacan*
*dikisar
-sotong segar
-bawang besar
-garam
-gula

caranya
tumis bawang besar,masukkan
bahan kisar..kacau hingga
naik minyak.
masukkan sotong
masukkan garam gula
masak hingga sambal berminyak





Friday 17 February 2012

gambar paling sedih

Aku tak tahu macam mana nak citer first time lihat gambar ni.Dengan tetiba air mata merembes.Inilah kali pertama hati terusik sebegitu sekali.Hingga perenggan ni di taip pun aku masih mengelap airmata..Biarlah org nk kata apa.Tapi mungkin naluri keibuan ni dah terusik,tersentuh..
Aku bayangkan kalaulah anak2 itu anak kita,anak aku sendiri...bagaimanakah nasibnya...bagaimana makan minum mereka..bagaimana mereka tidur,bagaimana  itu,bagaimana ini..seribu pertanyaan bertalu2 masuk kedalam kepala..
Dan sampai ke perenggan ini,aku masih menangis.Kat radio pulak sedang main lagu ombak rindu.Elok la sangat.Bertambah la air mata.Paling aku tak tahan tengok si abang sedang tidur sambil memangku si adik...Beralaskan kotak,di tepi tangga....Allahuakbar!!...sedih nya...sedangkan anak2 ini di rumah tidur tidak berselimut pun aku sudah rasa simpati takut kesejukan...inikan pula keadaan sebegini.Hati aku luluh hancur bila mengenangkan nasib anak2 ini.
Si adik tu rasanya sebaya SARA...anak bongsuku..sedangkan si abang rasanya sebaya SYAKIR anak kedua ku...Tersebut saja putera dan puteri ku,bertambah-tambahla air mata....Empang mata dah tak boleh nk tampung...Wahai kawan2...sesungguhnya apa yang aku rasakan ini adalah satu perasaan kurniaan Ilahi pada kaum yang bernama Perempuan.
Sedih memang sedih...tak tahu camna nak gambarkan sedih hati ni...Sahabat2 sekalian, sayangi anak2,kasihi mereka..didik mereka dengan kasih sayang..Cium mereka,peluk mereka,selagi ada hayat kita,mohonlah semoga keadaan dalam gambar tu tak terjadi pada kita.Doakan juga mudah-mudahan rezeki kita berpanjangan supaya boleh menyara anak2 kita,membiayai pelajaran mereka...
Allahuakbar...semoga lepas ni aku akan lebih menyayangi anak2 kat umah...insyaallah..wallahualam..sobsss..sosbbb....

rendang ayam




bahan kisar
-cili kering
halia
bawang merah,putih
lengkuas
serai

bahan lain
-rempah penumis
daun kunyit
daun limau purut
ayam
kerisik
santan
garam/gula

cara2
tumis rempah penumis
masukkan bahan kisar.
tunggu naik minyak
masukkan kerisik
masukkan ayam ,
masukkan santan
perasakan garam gula
masukkan daun kunyit dan daun limau purut
masak empuk dan angkat
(masak hingga naik minyak)

simple nasi beriani


bahan2

beras
susu cair
rempah penumis
bawang merah,putih,halia
daun pandan
minyak sapi/marjerin
air
kismis
bawang goreng
serbuk beriani

cara2
basuh beras.
cairkan minyak sapi/mentega dan tumis bahan penumis
bancuhkan serbuk beriani dgn sedikit air
masukkan ke dalam bahan tumisan.
angkat dan masukkan ke dalam beras.
masukkan susu cair dan daun pandan.
perasakan garam
bila dah masak masukkan kismis

sedap di makan dengan rendang/kari ayam dan acar timun.


cendawan goreng tepung

bahan2
cendawan segar
air
tepung serbaguna

cara
potong dan basuh cendawan
bancuhkan cair tepung serbaguna
rendamkan cendawan dlm bancuhan
-dalam bekas lain masukkan tepung serbaguna
sebagai pencelup cendawan.
-celup cendawan dlm tepung dan goreng.
-hidangkan


inilah tepung yg digunakan..sedap dan cukup rasa.tak perlu guna telur utk mencelup.hanya bancuhan cair dan rendamkan cendawan.boleh juga utk menggoreng kentang,ikan ,udang dan sotong.

pau goreng


bahan2
4 cawan tepung gandum
setengah peket mauripan
satu sudu teh soda bikarbonat
sebiji telur
2 sudu susu tepung
sedikit garam
2 sudu gula air utk uli.

cara2
masukkan semua bahan.
uli guna air sampai sebati (jgn terlalu keras)
jika melekit gunakan minyak utk melicinkan adunan
tutup adunan dan perap 20 minit
selepas 20 min,bt bulat2 dan perap semula sekejap
goreng dlm minyak panas.
sebelum menggoreng,tekan sedikit doh hingga leper sedikit.
angkat dan sejukkan.
potong tengah2  dan masuukkan inti(sebarang jenis inti)
untuk pau goreng inti kacang merah,selepas perap,
masukkan inti dan perap semula..

Tuesday 14 February 2012

kek marbel

bahan2
(utk di pukul)
2 cawan minyak masak atau butter yg di cairkan)
1 1/2 cawan gula kastor
6 biji telur

bahan B
3 cawan tepung gandum*
2 sudu teh baking powder*
1 sudu soda bikarbonat*
* utk di di ayak
2 sudu teh pandan emulco
pewarna dan perisa sirap ros(ikut selera warna)
pewarna kuning telur(juga ikut selera warna)

cara2
setelah bahan di pukul agak kembang,
tuangkan kedalam mangkuk dan boleh di tambah
bahan yg siap di ayak.
bahagikan kepada 3 bahagian utk di warnakan.
satu bahagian di masukkan pandan emulco,
satu bahagian di masukkan sirap ros,
satu bahagian di masukkan warna kuning.
tuangkan kedalam loyang yg di sapu mentega,
berselang seli warna utk mendapatkan marbelnya.
bakar pada suhu 180 c selama 40 minit .

kek coklat untuk anakder

bahan2
bahan A( di ayak)
4 cawan tepung gandum
2 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat


bahan B(di pukul )
6 biji telur gred A
3 cawan gula kastor
2 cawan susu cair
2 cawan minyak masak
2 sudu teh coklat emulco
2 cawan air panas.

caranya
pukul telur dan gula kembang.(jgn kembang sangat).
masukkan bahan selebihnya spt susu cair,minyak,coklat emulco dan air panas.
kacau perlahan2.kemudian di masukkan bahan A td.kacau sebati..
Masukkan dlm loyang yg di sapu mentega dan kukus selama 1 jam.
Boleh juga di bakar.
( sukatan ini utk loyang saiz besar,kurangkan jumlahnya separuh
jika mahukan saiz kek yg lebih kecil)

Monday 13 February 2012

apam polkadot


bahan
3 biji telur ayam( suhu peti sejuk)
275 g tepung gandum
220 g gula halus
150 ml susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovellate
inti blueberry atau ikut kesukaan
pukul 3 biji telur dengan 220 g gula sampai kembang.masukkan ovellate.

masukkan 275 g tepung gandum ,3 sudu teh baking powder dan 150 ml susu cair

bahagikan kepada 2 warna

susun cup kertas dalam acuan ( acuan spt acu lompang)

masukkan adunan separuh dan inti di atasnya

tutup semula adunan dengan menambahkan warna yang berlainan

bt dot2 dengan warna yang berlawanan. kukus selama 15 minit.jgn lupa panaskan kukusan terlebih dahulu.

kek pisang simple


bahan2
2 telur ayam
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
4 biji pisang
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan minyak masak
1 sudu teh esen pisang
kismis dan coklat masakan
pukul 2 biji telur,1 cawan gula hingga kembang. masukkan 1 sudu teh esen pisang

masukkan 4 biji pisang yang di blender bersama 1/2 cawan minyak.setelah sebati masukkan 2 cawan tepung gandum yang di ayak bersama 1 sudu teh soda dan baking powder

masukkan dalam loyang yg di sapu marjerin

taburkan kismis dan coklat masakan yang di parut.kaup balikkan
bakar 50 minit
sejukkan dan potong....taraaa.....dah siap..yummmy...

vanilla cup cake

bahan2
150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
150 g gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla

ising
100 g mentega
150 gula ising
2 sudu susu cair
1 sudu teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur
 150 g mentega bersama 150 g gula kastor di pukul kembang

putar hingga kembang,masukkan telur sebiji demi sebiji.tambahkan 1 sudu esen vanilla.

masukkan tepung naik sendiri,1/2 sudu teh soda bikarbonat..sedikit demi sedikit

susun cup kertas ke dalam acuan (acuan cheese tart)

isikan adunan

adunan yang siap di isi

siap di bakar selama 15 minit

100 g mentega,150 gula ising di pukul kembang,masukkan 1 sudu teh esen vanilla.tambahkan 2 sudu susu cair.paipingkan atas kek yang di sejukkan terlebih dahulu

sudah siap...hiaskan ikut citarasa..taburkan chocolate rice..

kek carrot

bahan2..
4 biji telur asingkan putih dan kuning
1 cawan gula halus
4 cawan carrot di parut
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak jagung
1 cawan kismis atau lebih ikut kegemaran
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
sedikit garam
2 sudu esen vanilla
1 1/2 sudu serbuk kayu manis

4 biji putih telur di pukul hingga betul2 kembang

manakala kuningngya juga di pukul bersama 1 cawan gula halus.putar hingga kembang.,masukkan esen vanilla

ayakkan 2 cawan tepung gandum bersama 1 sudu teh baking powder,1 sudu teh soda bikarbonat.masukkan secubit garam dan 1 1/2 sudu serbuk kulit kayu manis.

sementara itu,putar terus telur kuning dan gula tadi,masukkan minyak jagung 1 cawan

masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung tadi.putar sebati

masukkan bahan utama carrot yang di parut sebanyak 4 cawan

akhir sekali masukkan putih telur yang telah di pukul .kacau sebati,masukkan kismis sebanyak mana yang anda suka.masukkan dlm loyang yang di laser mentega,bakar selama 45 min atau sehingga masak.

dah siap...sejukkan dulu baru potong..

kek carrot yang lembut dan moist...

Friday 10 February 2012

pau milo inti kaya

Bahan2
-5 cawan tepung gandum
-3 sudu mkn lemak sayur
-setengah cawan milo (bancuh dgn air)
-garam sikit
-sepeket yis kering (bancuh dgn air )
-air utk uli
-inti sri kaya
cara2
-campur semua bahan
-uli dgn air,sampai sebati dan
jadi doh
-bt bulat,masukkan inti
-perap 20 min/hingga naik
-kukus sampai masak

tart blueberry

proses bubuh inti

letak toping

proses bt corak

dah siap corak..(first time,kucar kacir jugak la)

dah siap bakar
         http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/07/bluberry-cheese-tart-dan-step-by-step.html