Friday 14 February 2014

kek coklat moist


bahan2
-1 cawan tepung gandum *
-1 sudu kecil baking powder*
-1 sudu kecil soda bikarbonat*
* di ayak bersama

-1 cawan serbuk koko
-1 cawan air panas
- 1 cawan minyak
-1 cawan gula halus ( kurangkan jika taknak manis)
-4 biji telur
1/2 tin susu pekat

caranya
-pukul telur bersama gula hingga kembang
- masukkan susu pekat..pukul lagi
-masukkan minyak,pukul lagi
-masukkan air panas dan serbuk koko
-akhir,masukkan tepung berayak tadi
-kacau sebati
-oleskan loyang,masukkan adunan dan bakar hingga masak(lebih kurang sejam,adunan agak cair sedikit.boleh juga di kukus)

toping simple
-150gm coklat masakan
-1/4 cawan susu cair
-1 sudu makan minyak
panaskan susu secara double boil dan masukkan coklat masakan,kacau hancur dan masukkan minyak masak..teruskan kacau hingga tidak berketul..sedia di gunakan..

*kek ni lembap sangat..sedap juga di makan tanpa toping..apa2 pun terpulang..

apam kampung gula merah

sila abaikan rekahan tu...heheheee

taraaaa...siap salut kelapa dah...(posing alakadar ajer,janji bleh ngap sudaa)
bahan2
-2 3/4 cawan air
-1/2 cawan gula merah
-3/4 cawan gula pasir
(masak dan sejukkan)

-500gm tepung gandum
-sepeket yis mauripan larutkan dengan 1 cawan air suam,biarkan berbuih2.

caranya
-masukkan tepung gandum dalam mangkuk dan tuangkan bancuhan yis,air gula yg di masak tadi dan gaul rata.
-tutup mangkuk dan peramkan selama lebih kurang 45 minit (adunan akan naik sekaliganda)
-oleskan loyang dgn minyak dan masukkan adunan
-kukus sehingga masak lebih kurang 40 minit
(sila panaskan kukusan dahulu)

sedap di makan dgn kelapa parut muda campur sedikit garam..