Wednesday 26 December 2012

kek koko tanpa telur




bahan2
-1 cawan tepung naik sendiri atau 1 cawan tepung gandum ayak bersama
-1 sudu kecil baking powder dan 1 sudu kecil soda bikarbonat (guna t.naik sendiri tak perlu tambah  soda dan baking powder)
-1/2 cawan serbuk koko
-2 sudu besar susu tepung
-1 1/4 cawan air sejuk ( dr peti ais)
-1 cawan gula perang
-1/2 sudu kecil coklat emulco
-secubit garam
-1/2 cawan minyak
-1 sudu makan cuka

caranya
-masukkan semua bahan kecuali minyak
-kacau perlahan dan akhir sekali masukkan minyak
-kacau sebati dan masukkan dlm loyang yg siap di oles mentega
-bakar pada suhu 160c selama 40 minit atau hingga masak.
(gandakan adunan untuk kek yg lebih besar)

donut sosej

haha..abaikan lah rupe yg tak cantik ni..sebab memang lembut dan gebu..
bahan2
-setengah kilo tepung gandum
-2 sudu makan gula
-2 sudu makan susu tepung
-sepeket yis kering
-2 sudu makan lemak sayur(shortening)
-sebiji telur
-air secukupnya utk menguli
-sosej

caranya
-campurkan semua bahan kecuali sosej dan uli menggunakan air
-uli hingga  mendapat doh yg elok tak melekat
-canaikan,dan potong memanjang dan lilitkan pada sosej
-peram sebentar hingga doh naik
-goreng hingga masak

tips
-boleh juga di golekkan dengan serbuk roti setelah siap melilit
-simpan dalam bekas tertutup selepas goreng utk kekalkan kelembutannya..

Sunday 23 December 2012

rainbow cake


beberapa keping kek yg dah siap

proses melapis,sapukan krim dan taburkan serbuk koko,kemudian letak kepingan kek dan ulangi proses hingga selesai



bahan2
-3 cawan tepung gandum di ayak bersama
-2 sudu kecil baking powder
-1 cawan butter
-1 3/4 cawan gula castor
-1 1/2 cawan susu segar/ susu cair
-5 biji telur putih
-beberapa perisa dan pewarna
-1 sudu teh esen vanilla
-non dairy whiping cream
-sedikit serbuk koko


caranya
-pukul butter dan gula hingga kembang
-masukkan telur putih dan esen vanilla ,pukul kembang lagi
-masukkan susu berselang seli dengan tepung hingga habis
-bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak perisa dan pewarna
-oleskan loyang dgn marjerin dan taburkan sedikit tepung
-masukkan satu bahagian warna dan bakar selama 20 minit atau hingga masak.
-ulangi proses membakar sehingga siap semua warna
(elok jika menyediakan  2 loyang berlainan supaya proses membakar lebih cepat)
-sejukkan lapisan kek dan mulakan proses melapis


bahan utk krim
-2 cawan non dairy whipping cream di pukul kental dan  di sapu pada lapisan kek spt dalam gambar di atas..
-hias ikut kreativiti

 

ikan bakar bersama air asam tomato


bahan2
-3 ekor ikan cencaru di belah belakang
-sebatang serai*
-sebiji bawang besar*
-seinci halia*
-sedikit cili giling*
-garam,gula*
-bahan bertanda * di mesin halus dan masukkan pada ikan cencaru tadi
-bakar ikan selama 30 minit atau hingga masak


untuk air asam
-3 biji cili merah
-sedikit belacan
-garam,gula
-sebiji tomato
-sedikit air asam jawa

semua bahan di kisar halus dan di perahkan sebiji limau nipis jika mahu.

roti pita berdaging


bahan2
-beberapa keping roti pita (di belah dua)
-daging cincang atau beberapa keping daging burger
-bawang besar,timun,carrot,
-sos cili,kicap perisa maggi
-serbuk origano atau mix herb

caranya
-panaskan sedikit minyak
-masakkan daging dengan semua bahan kecuali roti pita
-perasakan dengan sos,kicap perisa maggi dan taburkan mix herb atao oreganao
-masukkan daging yg telah masak dalam roti pita
-bakar roti selama 15 minit
-hidangkan bersama sos

Wednesday 19 December 2012

kuih lompang

siap tabur kelapa parut bergaram..sedapp nyaaa...

selepas keluar dr kukusan..harus jd lubang2 begitu,br di katakan kuih lompang.....


bahan2
-2 1/2 cawan tepung beras
-1/2 cawan tepung ubi
-1 cawan gula
-1 sudu kecil esen ros
-4 cawan air
-sedikit kelapa parut bercampur sedikit garam


caranya
-gula di masak dgn 2 cawan air..sejukkan dulu
-tepung beras,tepung ubi gaulkan sekali ,di campur 2 cawan air
-kemudian masukkan air bergula tadi.masukkan esen ros
-tapiskan adunan
-panaskan kukusan .oleskan acuan dgn minyak dan panaskan acuan dgn kukuskan acuan selama 5 minit
-sementara itu,bahagikan warna di kehendaki
-isikan adunan dalam acuan dan kukuskan selama 20 minit atau hingga masak
-hidangkan bersama kelapa parut bercampur sedikit garam
 

ayam kicap



bahan2
-setengah ekor ayam (potong kecil dan goreng garam kunyit)
-bawang besar,bawang putih,cili merah
-kicap manis
-sos tiram
-serbuk kari daging

caranya
-tumis bawang dan cili hingga kekuningan
-masukkan ayam yg telah di goreng
-masukkan lebih kurang 2 sudu besar rempah kari ,sos tiram dan kicap manis secukupnya
-goreng sekata ,kalau pekat tambah air sedikit
-hidang bersama nasi panas...

(sukatan bahan ikut keperluan)

Tuesday 18 December 2012

kek mocha marbel kukus


bahan2
-5 biji telur
-250gm tepung gandum di ayak bersama
-1 sudu kecil baking powder
-150ml susu cair
-180gm gula halus
-2 sudu besar susu pekat
-1 sudu besar ovelate
-1/4 sudu kecil garam
-125ml minyak
-perisa mocha dan pewarna secukupnya

cara2
-campur semua bahan kecuali minyak,perisa dan pewarna
-mixer kembang dan gebu
-last br masukkan minyak dan kaup balikkan dgn senduk
-bahagikan bahagian dan perisakan dgn perisa mocha dan pewarna coklat
-oleskan loyang dgn mentega dan masukkan adunan berselang seli warna
-kukus api sederhana selama leboh kurang 30 minit atau hingga masak.

sup ayam berempah


bahan2
-setengah ekor ayam di potong kecil
-di tumbuk.=halia,bawang ,bawang putih,jintan manis,lada hitam
-serbuk kari kurma,serbuk sup
-1 sup bunjut
-tomato/kentang
-bawang goreng
-daun sup/daun bawang
-garam/perisa

caranya
-tumis bahan tumbuk dgn sikit minyak
-bancuhkan rempah kurma dan rempah sup dgn sikit air dan masukkan dlm tumisan
-tumis hingga naik bau
-masukkan ayam,gaul rata dan masukkan air mengikut keperluan
-masukkan kentang atau tomato..biar merenih dan daging empuk
-perasakan garam dan perisa
-taburkan bawang goreng dan daun sup/daun bawang

(sukatan bahan mengikut keperluan)

Tuesday 11 December 2012

durian crepe


bahan2
-250gm tepung gandum
-2 biji telur
-500ml santan
-setengah sudu kecil garam
-1 sudu kecil tepung ubi
-1 sudu besar marjerin di cairkan
-pewarna kuning secukupnya

caranya
-masukkan semua bahan dalam bekas dan kacau,kemudian blender kan
-tapiskan adunan
-masak senipis mungkin menggunakan api kecil (spt kulit kuih ketayap)
-bt hingga habis adunan
-sejukkan seketika sblm masukkan inti

bahan inti
-secawan whiping krim (non dairy )di pukul hingga kental
-isi durian di buang bijinya

caranya
-ambil sekeping kulit crepe tadi
-sudukan krim lapisan bawah,kemudian isi durian dan lapis atas krim semula.
-lipatkan seperti bantal dan letakkan atas paper cup bersaiz besar,sejukkan..

Friday 7 December 2012

apam strawberry 3D

3D sebab dot2 dan daunnya di kukus kemudian,menghasilkan bentuk yg timbul dan comel..


bahan2
-3 biji telur ( dari peti sejuk)
-1 sudu besar ovelate
-200gm gula kastor
-150 ml susu segar /susu cair
-275gm tepung gandum
-4 sudu besar baking powder
-1 sudu esen /perisa strawbery
-pewarna merah dan hijau

cara2nya
-telur,ovelate dan gula di pukul kembang/putih
-masukkan susu segar dan esen strawberry
-masukkan tepung dan baking powder berselang -seli hingga habis..
-kacau hingga betul sebati
-bahagikan pada beberapa bahagian spt merah,putih dan hijau
-sebelum itu,siapkan paper cup yg di masukkan dalam acuan spt kuih lompang utk sediaan mengukus
-panaskan kukusan dgn api sederhana
-balut tudung kukus dgn kain utk elakkan air menitik pada kuih..
-berbalik pada resepi tadi,isikan adunan dalam cup dan kukus selama 10 minit
-selepas 10 minit keluarkan dr kukusan dan mulakan mencorakkan kuih.

tips membuat corak
-masukkan adunan bewarna hijau dalam paiping beg/plastik dan gunting sikit hujung plastik
-paipkan bentuk daun..
-ulang proses sama utk membuat dot2 putih
-selesai mencorak,kukus semula kuih selama 5 minit.

Tuesday 27 November 2012

kek milo simple



bahan2nya
A
-1 cawan minyak masak
-1 cawan milo
-1 cawan susu cair/susu segar
-1 cawan tepung naik sendiri atau 1 cwn tepung gandum di ayak bersama 1 sudu kecil baking powder dan setengah sudu kecil soda bikarbonat)
-1 cawan gula (taknak manis kurangkan sukatan gula)
-3 biji telur

utk hiasan
-sedikit filling strawberrry atau bluberry
-450gm coklat kompaun
-secawan susu segar
-2 sudu butter


caranya
-campurkan semua A bahan dan pukul kelajuan tinggi hingga sebati
-bakar suhu 170c selama 45 minit atau hingga masak
-sejukkan dan potong dua bahagian
-sapukan filling kesukaan

utk coklat hiasan
-masak secara double boiler coklat kompaun
-campurkan susu cair dan kacau sebati.masukkan butter.kacau lagi hingga sebati..sejukkan seketika sebelum di curahkan atas kek tadi
-hias ikut citarasa.

kek sarang semut

harus ada lubang2 begini baru ler di katakan kek sarang semut..
 bahan2nya
utk gula hangusnya
-1 cawan gula
-1 cawan air panas
-2 sudu mentega
(gula di masak hingga cair dan keperangan ,kemudian baru masukkan air panas.masukkan juga mentega..sejukkan sebentar.)

bahan utk kek
-4 biji telur
-1 cawan susu pekat (kurangkan sikit kalau tak nak manis)
-1 cawan tepung gandum diayak bersama
-1 sudu kecil soda bikarbonat
-1 sudu esen vanilla
caranya
-pukul telur hingga kembang dan masukkan susu pekat.
-masukkan tepung bersoda tadi
-masukkan juga esen vanilla
-akhir sekali masukkan gula hangus mula2 tadi
-PERAM ADUNAN TADI SELAMA 2 JAM ATAU LEBIH.LAGI LAMA PERAM.LAGI CANTIK TERBENTUK SARANG SEMUTNYA
-setelah peram,kacau sikit sebelum di masukkan dlm loyang .
-bakar api bawah selama lebih kurang sejam atau kurang..kemudian dgn api atas lebih kurang 5 minit lagi bergantung kpd keadaan kek td..kalau dah masak sempurna tak perlu lagi api atas tadi.
 

muffin pisang mudah


bahan-bahannya
-A
-1 1/2 cawan tepung gandum
-1 sudu kecil baking powder
-1 sudu kecil soda bikarbonat
(semua bahan di ayak)
-B
-1/2 cawan gula perang
-4 biji pisang (kalau pisang kecil gunakan 5 biji)
-(di lenyek hancur)

-C
-sebiji telur
-1 cawan susu cair/susu segar
-1/2 cawan minyak
-secubit garam
(di campur sekali dan di pukul sedikit.tak perlu guna mixer..cukup sekadar whisk saja)

caranya
-bahan C di campurkan dgn bahan B..kacau sebati dan masukkan A..kacau lagi ..tak perlu mixer..whiskkan saja hingga sebati.
-masukkan dalam cup dan letakkan hiasan spt ceri cincang atau coklat cip atau juga coklat rice..
-bakar pada suhu 160c selama 40 minit atau hingga masak.

home made coklat

bentuk dinosour....anak2 pasti suka..

bahan2nya
- coklat kompaun (sy gune brand beryls)
-filling strawbery,bluberry atau jenis kekacang lain atau kismis
-cocoa butter atau butter
-mould/acuan

caranya
-masakkan coklat secara double boiler
-masukkan cocoa butter atau butter utk mengilatkan coklat
-setelah cair,masukkan dalam mould..isikan separuh saja..sejukkan dalam peti beku sebentar
-keluarkan dari peti beku dan masukkan filling kesukaan
-isikan lagi hingga penuh mould...masukkan kembali dalam peti beku
-setelah keras keluarkan dari mould dan sedia di makan..

Tuesday 20 November 2012

kek pisang berkoko




bahan2
-2 cawan tepung gandum
-1 cawan gula
-1/2 cawan minyak masak
-1/2 cawan susu segar
-4 biji pisang (dilecek)
-1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
-secubit garam
-3 biji telur
-sikit esen vanilla/esen pisang
-sedikit serbuk koko

caranya
-pukul telur dan gula kembang
-masukkan bahan lain dan pukul sikit lagi
-masukkan separuh dlm loyang beroles mentega dan separuh lagi masukkan serbuk koko dan tuang kembali dalam loyang tadi.
-bakar pada suhu 160c selama satu jam

Sunday 18 November 2012

donut simpul


selepas di simpul2...
bahan2.
-500gm tepung gandum
-3 sudu makan susu tepung
-3 sudu gula
-sepeket tis
-air suam
-1 sudu lemak sayur
-gula halus untuk tabur
*gula,yis di bancuh dgn sikit air suam

caranya
-masukkan semua bahan dan uli dgn air suam (sukatan air agak2 doh elok tak melekat)
-uli hingga doh sebati dan lembut
-bentukkan simpul2 dgn cara uli sedikit doh menjadi panjang dan pegang kedua2 belah hujung dan pusing.kemudian satukan kedua hujung dan jadikan satu simpulan spt gambar kat atas..
-peram hingga naik sekali saiz dan goreng .balik2kan ketika menggoreng.
-sejukkan sekejap dan tabur gula halus.

apam nasi


sebelum masuk kukusan
bahan2nya
 dikisar
-2 cawan nasi
-3 cawan air

bahan lain
-3 cawan tepung beras
-1 cawan tepung gandum
-1 cawan gula
-1 paket yis
caranya
-masukkan semua bahan termasuk bahan kisar
-kacau sebati dan peram selama 1 jam
-sapukan minyak pada acuan dan masukkan adunan
-kukus selama 10 minit atau hingga masak
(sedap di makan bersama kelapa parut bergaram sedikit)

tips
-warnakan adunan semasa hendak mengukus dgn warna kesukaan
-panaskan kukusan sebelum menggunakannya
-kukus dengan api sederhana.

Monday 29 October 2012

kek marbel oren


dah siap potong...
bahan2
-240gm gula halus
-200 gm tepung naik sendiri
-4 biji telur
-1 sudu besar ovelate
-40ml air sejuk
-40ml minyak
-perisa oren
-beberapa jenis pewarna

caranya
-campurkan semua bahan kecuali minyak, perisa juga pewarna
-pukul hingga gebu dan kembang
-bahagikan kepada beberapa bahagian
-perisakan satu bahagian dengan perisa oren
-griskan loyang dan lapiskan satu persatu warna
-bakar pada suhu 160c selama 40 minit..

Wednesday 24 October 2012

tat gulung blueberry

baru keluar oven...

sebelum masuk oven...
walau dah pernah up date resepi tat dulu,tapi sbb nak mencuba pelbagai variasi maka ku cuba pula resepi tat versi blueberry ni...jom tngk bahan2nya

bahan2 utk 150 biji
-250gm marjerin
-70gm gula halus
-1 kuning telur
-1 sudu teh blueberry paste
-350gm tepung gandum
-50gm tepung jagung
-pewarna purple( aku terletak warna berlainan..hehehee)
-inti blueberry secukupnya
-sebiji kuning telur di campur sedikit susu cair utk sapuan di atas kuih
caranya
-marjerin,kuning telur dan gula di pukul hinggga kembang sedikit
-masukkan blueberry paste,pukul lagi
-masukkan tepung gandum dan tepung jagung sikit2..
(kalau doh elok2 lembut,jgn masukkan kesemua tepung gandum..ikut kesesuaian doh semasa memasukkan tepung tu yerr..)
-picitkan dlm acuan dan masukkan inti
-sapukan telur kuning di atas kuih
-bakar suhu160c selama 30 minit atau lebih bergantung pada kesesuaian oven

popia isi ketam


bahan2
-kulit popia segera
-filamen ketam
-taugeh,sengkuang,carrot
-garam dan perisa
-satu sudu tepung gandum di bancuh pekat utk jadikan gam

caranya...
-sayuran di masak sekejap dan perisakan secukup rasa
-isikan dalam  kulit popia dan letakkan isi ketam
-gulungkan dan gamkan dgn tepung yg di bancuh pekat
-goreng dlm minyak sederhana panas

bahan sos
-sos cili
-sos tiram
-gula perang,gula pasir
campurkan kesemua bahan..
-masak atas api perlahan
( sukatan semua bahan ikut citarasa.)

Saturday 20 October 2012

neskafe pound cake


bahan-bahan
-1/4 cawan gula halus
-120gm mentega di cairkan
-1/2 cawan susu pekat
-120gm tepung naik sendiri
-2 biji telur
-1 sudu makan nescafe -di bancuh dgn satu sudu air panas
caranya
-telur dan gula di pukul kembang...
-kemudian masukkan mentega cair.
-masukkan susu pekat dan bancuhan neskafe tadi..pukul sebentar
-kemudian,masukkan tepung naik sendiri..kacau sedikit supaya sebati
-griskan loyang dan masukkan adunan..bakar 35-40 minit pada suhu 160c atau hingga masak...

(menghasilkan kek berukuran sederhana...gandakan bahan2 jika mahu kuantiti yg lebih besar)

Thursday 11 October 2012

kek coklat simple



bahan2

bahan A
-2 biji telur gred A
-250gm gula kastor
-1 cawan susu segar
-1 sudu teh esen vanila

bahan ayak
-150gm tepung naik sendiri
-100gm serbuk coklat

caranya
-telur dan gula di pukul kembang dan berkrim
-masukkan susu segar dan esen vanila
-masukkan bahan ayak dan kacau sebati...tak perlu pukul lagi,sekadar kacau gunakan senduk
-griskan loyang dan bakar suhu 170c hingga masak ..
-setelah kek masak,terbalikkan ,sejukkan dan bahagikan kepada 2 bahagian
-sapu setiap lapisan dgn butter krim dan atasnya sapuan fresh cream..hiaskan ikut citarasa

bahan butter cream
-secawan mentega
-secawan gula kastor
(di pukul kelajuan tinggi hingga kembang dan bewarna putih.siap di gunakan)

bahan fresh cream
-2 cawan non dairy whipping  cream
-1 sudu esen vanila
(bahan di campur dan di pukul laju hingga kental.siap di gunakan)

home made ice cream


bahan2

bahan A
-2 kuning telur
-sebiji telur
-140gm gula kastor
(di pukul hingga berkrim)

bahan B
-250ml susu penuh krim
-60gm serbuk koko
(campurkan dan panaskan...kemudian sejukkan)

bahan C
-400gm non dairy whipping cream
-1sudu teh esen vanila
(di pukul hingga kental)


caranya
-satukan bahan A dan B
-masukkan dalam bahan C,kacau hingga semua bahan sebati
-sediakan bekas dan masukkan adunan..
-sejuk bekukan.

optional:gantikan susu berperisa coklat atau strawbery,mengikut citarasa .
-campurkan sedikit esen strawbery andai menggunakan susu perisa strawbery utk menguatkan rasa.
-boleh juga di letakkan perisa vanila,tetapi dengan menggunakan susu penuh krim tanpa perisa.

rempeyek

bahan2
-2 cawan tepung beras
-2 cawan tepung jagung
-sebiji telur
-1 kotak kecil santan
-kacang tanah di basuh dan di jemur kering ( ku tak guna pun sbb tak suka kacang)
-ikan bilis
-garam secukupnya

kisar halus
-1 sudu besar jintan manis
-1 sudu besar jintan putih
-1 sudu besar ketumbar

caranya
-campurkan semua bahan dan gaul sebati..kalau pekat,tambahkan air
-letakkan sikit atas acu rempeyek dan tabur kacang dan ikan bilis
-goreng keemasan hingga masak..

Thursday 16 August 2012

elmen sepang /almond london



bahan2
-250 gm mentega
-125 gm gula halus
-1 biji telur
-1 tsp esen vanilla
-200 gm tepung jagung
-300 gm tepung gandum
-2 sudu tepung beras
- 1 tsp baking powder
-200 gm badam ( di bakar atau goreng tanpa minyak hingga rangup)
-700 gm coklat compound
-satu sudu lemak sayur
-coklat putih utk hiasan secukupnya


caranya
-mentega dan gula di pukul kembang
-masukkan telur dan esen vanilla
-ayakkan semua tepung dan masukkan sikit2
-bentukkan doh dan masukkan badam
-bakar suhu 170c selama 25-30 minit
-coklat compound di masak secara double boil dan masukkan satu sudu lemak sayur
-salutkan coklat dan masukkan dlm paper cup.Tunggu kering br di hiaskan dgn coklat putih yg di masak double boil juga

oren cornflakes cookies

versi acuan biskut buah pinggang...

yang ni versi bulat2 dan tekan dgn garpu..hiasan ikut citarasa..
bahan2
-250 gm mentega
-80 gm gula kastor
-70 gm tepung naik sendiri
-200 gm tepung gandum
-sebiji kuning telur
-sedikit perisa oren
-100gm cornflakes- kisar halus
caranya
-mentega dan gula di pukul kembang.
-masukkan telur kuning dan perisa oren
-pukul lagi sikit dan masukkan tepung berselang seli sikit2
-masukkan cornflakes kisar
-adun doh hingga dapat doh yang lembut
-terap ikut acuan kesukaan dan hiaskan
-bakar suhu 170c selama 25-20 minit

biskut koko badam



bahan2
-250 gm mentega
-150gm gula halus
-1 biji telur kuning
-50 gm tepung jagung
-230gm tepung gandum
-30 gm serbuk koko
-sedikit badam cincang untuk hiasan dan
setengah cawan untuk di campurkan dlm adunan
caranya
-mentega dan gula di pukul kembang
-masukkan kuning telur dan putar lagi
-masukkan segala tepung dan serbuk koko
-adun hingga dapat doh yg lembut
-masukkan badam cincang dan uli sikit lagi
-terap ikut acuan kesukaan
-bakar suhu 150c selama 25-30 minit atau hingga masak.

biskut oreo black beauty



bahan2
bahanA
-280gm mentega
-200gm gula kastor

bahanB
-250 gm tepung gandum
-50gm serbuk koko
-30 gm tepung jagung
-20gm biskut oreo -buang krim dan kisar halus
-1/2 sudu teh baking powder

bahan C
-sedikit biskut oreo di kisar untuk hiasan

bahan lain
-paper cup
-coklat putih utk hiasan
caranya
-pukul A hingga kembang
-bahan B di satukan dan ayak...kemudian masukkan dalam A
-gaul sampai dapat doh yang lembut
-bentukkan bulat dan golekkan atas serbuk oreo (bahan C)
-masukkan dlm papercup dan bakar suhu 150c selama 25-30 minit.
-setelah sejuk,corakkan dengan coklat putih di atasnya..(coklat di masak secara double boiler)

Thursday 9 August 2012

tat nenas

sebelum masuk oven

siap dah..satu adunan ni menghasilkan lebih kurang 250 biji kuih tat..wangi dan gebu..
bahan2
-sekilo tepung gandum
-5 sudu tepung jagung
-4 biji telur
-2 1/2 ketul butter
-5 sudu susu pekat manis
-telur kuning untuk sapuan
-inti nenas
cara2
-semua bahan di satukan kecuali tepung gandum
-gaul rata hingga butter sebati dgn bahan lain
-masukkan tepung gandum sikit2 hingga dpt doh yg sesuai.kalau doh sudah elok,tak perlu guna hingga habis satu kilo tepung.
-picitkan dalam acuan tat dan masukkan inti nenas .
-sapu kuning telur dan bakar suhu 180c selama 25-30 minit atau hingga masak.
-

biskut kelapa delima

bahan2
-250gm mentega
-200gm gula kastor
-sebiji kuning telur|
-1 sudu esen vanila
-2 cawan kelapa kering
-1 cawan tepung ubi(di ayak)
-1 1/2 cawan tepung gandum
-ceri hiasan
cara2
-tepung ubi di ayak dan di gaul bersama kelapa kering
-sementara itu pukul mentega dan gula hingga kembang sedikit
-masukkan kuning telur dan esen vanila
-masukkan tepung ubi yg digaul kelapa tadi
-masukkan juga tepung gandum sikit2 (kalau lembik,tambahkan tepung gandum lagi..ikut kesesuaian doh bila masukkan tepung)
-canai doh dan terap ikut acuan,sapukan kuning telur dan hiaskan dgn ceri dan taburan kelapa kering.
-bakar suhu 180c selama 20-30 minit.

biskut nestum

bahan2
-250gm mentega
-1 gelas nestum
-1/2 gelas gula perang
-3 sudu makan tepung kastad
-sebiji kuning telur
-tepung gandum secukupnya utk menguli

cara2
-mentega,kuning telur,gula perang di pukul kembang
-masukkan nestum dan gaul lagi
-masukkan tepung kastad
-masukkan tepung gandum sikit2 sekadar boleh menguli dan dapat doh yang elok
-canai doh dan terapkan ikut acuan kesukaan
-sapukan kuning telur dan hiaskan dgn ceri
-bakar pada suhu 160c selama 20-30 minit atau ikut kesesuaian oven.

Thursday 19 July 2012

oren cup kek





bahan2  (16 biji)
-100 gm gula kastor
-100 gm tepung naik sendiri
-3 biji telur
-1 sudu teh ovellete
-20ml air sejuk
-1 sudu kecil esen oren
-20 ml minyak

cara2
-campur semua bahan kecuali minyak ..putar kelajuan tinggi hingga sebati.
-masukkan minyak dan kacau balikkan dgn senduk sahaja..
-masukkan dalam cup..jgn penuh ,hanya separuh.
-bakar suhu 150c selama 35 minit atau hingga masak.


butter cream
-140gm butter
-2 sudu makan lemak sayur(shortening)
-120gm gula ising(di ayak)
-1 sudu makan susu pekat

caranya
-butter dan gula dipukul kembang
-masukkan lemak sayur dan pukul lagi
-akhir masukkan susu pekat
-tambah perisa dan pewarna jika mahu..

Wednesday 18 July 2012

apam 3D

bahan2
-3 biji telur
-1 sudu besar ovellatte
-200gm gula kastor
-150ml susu segar
-275 gm tepung gandum
-4 sudu besar baking powder
-beberapa pewarna dan perisa

caea2
-telur ,ovellatte dan gula di pukul hingga kembang
-masukkan susu segar dan masukkan tepung sikit2 dan masukkan baking powder
-pukul lagi hingga sebati
-bahagikan beberapa bahagian dan masukkan perisa dan pewarna
-masukkan dlm paper cup dan kukus 10 minit
-setelah itu boleh di corakkan atasnya dgn warna berbeza dan kukus semula selama 5 minit..

biskut sarang semut

baru keluar oven...

adunan yang siap di parut..lepas ni br masukkan dalam paper cup..
bahan2
-250 gm butter
-1/2 cawan gula
-1/4 cawan tepung jagung
-2 biji kuning telur
-3 gelas tepung gandum(mungkin tidak gunakan kesemuanya,bergantung pada kesesuaian doh)
-1 sudu teh esen vanilla
-coklat rice utk hiasan

cara2
-butter dan gula di pukul kembang
-masukkan kuning telur dan esen vanilla
-masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit2 hingga dapat doh yang sesuai..
-parut/sagat doh dan masukkan dlm paper cup
-hiaskan dgn coklat rice
-bakar pada suhu 160c selama 15-20 minit

Friday 13 July 2012

muffin oren



bahan2
-1 cawan minyak
-1 cwn gula
-2 biji telur
-1 cawan tepung naik sendiri
-1 sudu teh esen oren
-4 sudu makan susu tepung
-1/2 sudu teh double action baking powder
- 1sudu teh ovellate
-coklat cip hiasan jika mahu

-cara2
-tepung di ayak bersama double action baking powder .ketepikan
-pukul telur ,gula hingga kembang dan masukkan minyak
-masukkan tepung yg di ayak tadi sikit2 dan masukkan susu tepung dan ovellate.pukul lagi.tapi janagn terlalu lama.cukup sekadar sebati.
-akhir sekali masukkan esen oren.kacau sekejap dan masukkan dlm cup muffin
-isikan separuh cup dan tabur coklat cip jika mahu
-bakar 30 minit pada sushu 180c..

Thursday 12 July 2012

lala masak sos tiram

enaknyerr di makan dengan nasi

bahan2
-sekilo siput lala segar
-cili kisar 3 sudu makan
-kicap manis secukup rasa
-sos tiram 3 sudu makan
-sos cili 4 sudu makan
-garam ,gula secukupnya

cara2
-tumis cili kisar hingga naik bau
-masukkan kicap manis,sos tiram dan sos cili,kacaukan
-masukkan siput lala dan perasakan garam dan gula
-kacau sebentar dan angkat.