Saturday 23 February 2013

roti bijan manis

baru keluar oven..panas2..

taraaaa....siap potong dah..lembut dan gebu..
bahan2
-500 gm tepung roti (tepung high protein)
-setengah cawan susu tepung
-setengah cawan gula halus
-sepeket yis kering (mauripan)
-1 sudu makan mentega
-1 sudu makan lemak sayur
-1 sudu teh bread softner
-sedikit air suam utk menguli
-sedikit bijan
-sebiji kuning telur bercampur sedikit susu cair utk gris atas roti

caranya
-campurkan tepung,susu tepung,gula,yis, mentega,bread softner dan lemak sayur dalam mangkuk
-uli dengan air suam hingga mendapat doh yg lembut dan elastik..(masukkan air sikit2 hingga mendapat doh yg tak melekit dan uli hingga doh betul2 lembut)
-peram seketika doh hingga naik sekali ganda saiz
-tumbuk2kan doh utk keluarkan angin dan uli semula
-griskan loyang dgn mentega dan masukkan doh ke dalam loyang.rehatkan seketika hingga doh naik sekali lagi
-setelah itu griskan doh dgn telur kuning bercampur susu cair td dan taburkan bijan
-bakar selama lebih kurang 40 minit pada suhu 170c.
-keluarkan roti dari oven dan griskan roti dengan mentega utk roti yg wangi, lembut dan berkilat.

bubur trafik light



bahan2
-setengah peket tepung pulut (paket kecik tu jer)
-air utk menguli
-pewarna merah,hijau,kuning
-sepeket santan(500gm)
-gula,garam secukup rasa
-daun pandan

-caranya
-masukkan tepung pulut dan sedikit garam kedalam mangkuk
-uli dgn air hingga doh sebati dan tak melekat(masukkan air sikit2,sukatan tu agak2 la)
-bahagikan kepada 3 bahagian
-titiskan pewarna pada setiap bahagian dan uli lagi hingga mendapat doh yg sebati warnanya
-panaskan air dalam periuk dan gentelkan kecil dan leperkan sebelum merebus ...biji akan timbul bila cukup masak dan angkat..ketepikan .ulang hingga semua warna habis.
-setelah itu,masukkan santan dalam periuk dan masakkan santan bersama sedikit air dan gula secukup rasa.simpulkan daun pandan dan masukkan sekali..letak sedikit garam
-masukkan biji2 yg telah siap di rebus dan renehkan seketika hingga masak
-angkat dan hidangkan

pau goreng inti sardin

tetap lembut walau dah sejuk....



bahan2
-500gm tepung gandum
-sepeket yis kering(mauripan)
-sedikit garam
-2 sudu makan lemak sayur
-air utk menguli
-sambal sardin secukupnya atau apa saja inti kegemaran

caranya
-masukkan semua bahan kecuali inti
-uli dengan air hingga mendapat doh yg lembut dan elastik (sukatan air agak2 la..masukkan sikit2 dulu air tu)
-bentukkan bulat2 kecil dan masukkan inti
-peramkan doh hingga naik sekali ganda saiz
-goreng dalam minyak sederhana panas
-angkat dan hidangkan

spongy moist cake

sebelum bakar

selepas bakar,rehatkan seketika sebelum keluarkan dari loyang..pasni boleh make over...kalo malas ,potong terus ngapp jer..
bahan2
-100gm self raising flour*
-40gm serbuk koko*
-150gm gula halus
-3 biji telur gred A
-50 gm mentega di cairkan
-60ml susu cair/ segar
-1 sudu kecil esen vanila
-1 sudu kecil ovelate
*diayak bersama

caranya
-gula,telur,esen vanila,ovelate dan susu cair di pukul hingga gebu
-kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit
-akhir sekali masukkan mentega cair dan kaup balikkan
-griskan loyang dan masukkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 20-30 minit atau hingga masak.

Wednesday 6 February 2013

kek belang


sebelum masuk oven...
bahan2
-250gm butter/marjerin
-150 gm gula castor
-1 sudu besar ovelate
-4 biji telur
-270gm tepung kek diayak bersama
-1 sudu kecil baking powder
-1 sudu kecil esen vanila
-2 sudu besar susu pekat
-1 cawan susu segar/ susu cair
-1 sudu kecil coklat emulco/kopi emulco
(JIKA TIADA TEPUNG KEK,BOLEH GUNAKAN 3/4 CAWAN TEPUNG GANDUM +2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG DI AYAK BERSAMA.TIMBANG HINGGA MENDAPAT BERAPA GRAM KEGUNAAN.TEPUNG KEK DAN TEPUNG NAIK SENDIRI ITU BERBEZA)

caranya
-pukul butter,ovelate dan gula hingga gebu
-masukkan telur satu demi satu
-masukkan esen vanila ,susu cair dan susu pekat
-pukul lagi hingga sebati
-masukkan tepung kek yg di ayak besama baking powder sikit demi sedikit
-pukul lagi sikit sampai bahan sebati
-bahagikan kepada dua bahagian.satu bahagian perisakan dgn emulco pilihan
-griskan loyang dan sendukkan 2 sudu kedalam loyang dan selang selikan dgn yg berperisa..
-ulangi proses hingga adunan habis dan bakar pada suhu 175c selama 45-50 minit atau hingga masak.

Tuesday 5 February 2013

kek lapis dot- dot


susun biskut jejari tu begitu..lepas tu boleh kukus,ulang proses sampai adunan habis..
bahan2
-200gm gula halus
-230gm tepung gandum
-2 sudu makan serbuk koko
-1 sudu kecil baking powder
-5 biji telur A
-1 sudu besar ovelate
-180ml susu cair
-1 sudu kecil coklat emulco
-120 gm mentega (di cairkan)
-biskut jejari secukupnya

caranya
-satukan semua bahan kecuali mentega dan biskut jejari
-pukul kembang bahan sampai gebu
-masukkan mentega cair dan gaul dgn senduk sampai sebati
-lapikkan loyang dgn baking paper dan masukkan 2,3 senduk adunan
-susunkan biskut jejari
-kukukan adunan 5 minit dan ulangi proses hingga selesai
-lapisan akhir lebihkan masa kukusan utk memastikan tiap lapisan kek masak sempurna.