Wednesday 26 December 2012

kek koko tanpa telur




bahan2
-1 cawan tepung naik sendiri atau 1 cawan tepung gandum ayak bersama
-1 sudu kecil baking powder dan 1 sudu kecil soda bikarbonat (guna t.naik sendiri tak perlu tambah  soda dan baking powder)
-1/2 cawan serbuk koko
-2 sudu besar susu tepung
-1 1/4 cawan air sejuk ( dr peti ais)
-1 cawan gula perang
-1/2 sudu kecil coklat emulco
-secubit garam
-1/2 cawan minyak
-1 sudu makan cuka

caranya
-masukkan semua bahan kecuali minyak
-kacau perlahan dan akhir sekali masukkan minyak
-kacau sebati dan masukkan dlm loyang yg siap di oles mentega
-bakar pada suhu 160c selama 40 minit atau hingga masak.
(gandakan adunan untuk kek yg lebih besar)

donut sosej

haha..abaikan lah rupe yg tak cantik ni..sebab memang lembut dan gebu..
bahan2
-setengah kilo tepung gandum
-2 sudu makan gula
-2 sudu makan susu tepung
-sepeket yis kering
-2 sudu makan lemak sayur(shortening)
-sebiji telur
-air secukupnya utk menguli
-sosej

caranya
-campurkan semua bahan kecuali sosej dan uli menggunakan air
-uli hingga  mendapat doh yg elok tak melekat
-canaikan,dan potong memanjang dan lilitkan pada sosej
-peram sebentar hingga doh naik
-goreng hingga masak

tips
-boleh juga di golekkan dengan serbuk roti setelah siap melilit
-simpan dalam bekas tertutup selepas goreng utk kekalkan kelembutannya..

Sunday 23 December 2012

rainbow cake


beberapa keping kek yg dah siap

proses melapis,sapukan krim dan taburkan serbuk koko,kemudian letak kepingan kek dan ulangi proses hingga selesai



bahan2
-3 cawan tepung gandum di ayak bersama
-2 sudu kecil baking powder
-1 cawan butter
-1 3/4 cawan gula castor
-1 1/2 cawan susu segar/ susu cair
-5 biji telur putih
-beberapa perisa dan pewarna
-1 sudu teh esen vanilla
-non dairy whiping cream
-sedikit serbuk koko


caranya
-pukul butter dan gula hingga kembang
-masukkan telur putih dan esen vanilla ,pukul kembang lagi
-masukkan susu berselang seli dengan tepung hingga habis
-bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak perisa dan pewarna
-oleskan loyang dgn marjerin dan taburkan sedikit tepung
-masukkan satu bahagian warna dan bakar selama 20 minit atau hingga masak.
-ulangi proses membakar sehingga siap semua warna
(elok jika menyediakan  2 loyang berlainan supaya proses membakar lebih cepat)
-sejukkan lapisan kek dan mulakan proses melapis


bahan utk krim
-2 cawan non dairy whipping cream di pukul kental dan  di sapu pada lapisan kek spt dalam gambar di atas..
-hias ikut kreativiti

 

ikan bakar bersama air asam tomato


bahan2
-3 ekor ikan cencaru di belah belakang
-sebatang serai*
-sebiji bawang besar*
-seinci halia*
-sedikit cili giling*
-garam,gula*
-bahan bertanda * di mesin halus dan masukkan pada ikan cencaru tadi
-bakar ikan selama 30 minit atau hingga masak


untuk air asam
-3 biji cili merah
-sedikit belacan
-garam,gula
-sebiji tomato
-sedikit air asam jawa

semua bahan di kisar halus dan di perahkan sebiji limau nipis jika mahu.

roti pita berdaging


bahan2
-beberapa keping roti pita (di belah dua)
-daging cincang atau beberapa keping daging burger
-bawang besar,timun,carrot,
-sos cili,kicap perisa maggi
-serbuk origano atau mix herb

caranya
-panaskan sedikit minyak
-masakkan daging dengan semua bahan kecuali roti pita
-perasakan dengan sos,kicap perisa maggi dan taburkan mix herb atao oreganao
-masukkan daging yg telah masak dalam roti pita
-bakar roti selama 15 minit
-hidangkan bersama sos

Wednesday 19 December 2012

kuih lompang

siap tabur kelapa parut bergaram..sedapp nyaaa...

selepas keluar dr kukusan..harus jd lubang2 begitu,br di katakan kuih lompang.....


bahan2
-2 1/2 cawan tepung beras
-1/2 cawan tepung ubi
-1 cawan gula
-1 sudu kecil esen ros
-4 cawan air
-sedikit kelapa parut bercampur sedikit garam


caranya
-gula di masak dgn 2 cawan air..sejukkan dulu
-tepung beras,tepung ubi gaulkan sekali ,di campur 2 cawan air
-kemudian masukkan air bergula tadi.masukkan esen ros
-tapiskan adunan
-panaskan kukusan .oleskan acuan dgn minyak dan panaskan acuan dgn kukuskan acuan selama 5 minit
-sementara itu,bahagikan warna di kehendaki
-isikan adunan dalam acuan dan kukuskan selama 20 minit atau hingga masak
-hidangkan bersama kelapa parut bercampur sedikit garam
 

ayam kicap



bahan2
-setengah ekor ayam (potong kecil dan goreng garam kunyit)
-bawang besar,bawang putih,cili merah
-kicap manis
-sos tiram
-serbuk kari daging

caranya
-tumis bawang dan cili hingga kekuningan
-masukkan ayam yg telah di goreng
-masukkan lebih kurang 2 sudu besar rempah kari ,sos tiram dan kicap manis secukupnya
-goreng sekata ,kalau pekat tambah air sedikit
-hidang bersama nasi panas...

(sukatan bahan ikut keperluan)

Tuesday 18 December 2012

kek mocha marbel kukus


bahan2
-5 biji telur
-250gm tepung gandum di ayak bersama
-1 sudu kecil baking powder
-150ml susu cair
-180gm gula halus
-2 sudu besar susu pekat
-1 sudu besar ovelate
-1/4 sudu kecil garam
-125ml minyak
-perisa mocha dan pewarna secukupnya

cara2
-campur semua bahan kecuali minyak,perisa dan pewarna
-mixer kembang dan gebu
-last br masukkan minyak dan kaup balikkan dgn senduk
-bahagikan bahagian dan perisakan dgn perisa mocha dan pewarna coklat
-oleskan loyang dgn mentega dan masukkan adunan berselang seli warna
-kukus api sederhana selama leboh kurang 30 minit atau hingga masak.

sup ayam berempah


bahan2
-setengah ekor ayam di potong kecil
-di tumbuk.=halia,bawang ,bawang putih,jintan manis,lada hitam
-serbuk kari kurma,serbuk sup
-1 sup bunjut
-tomato/kentang
-bawang goreng
-daun sup/daun bawang
-garam/perisa

caranya
-tumis bahan tumbuk dgn sikit minyak
-bancuhkan rempah kurma dan rempah sup dgn sikit air dan masukkan dlm tumisan
-tumis hingga naik bau
-masukkan ayam,gaul rata dan masukkan air mengikut keperluan
-masukkan kentang atau tomato..biar merenih dan daging empuk
-perasakan garam dan perisa
-taburkan bawang goreng dan daun sup/daun bawang

(sukatan bahan mengikut keperluan)

Tuesday 11 December 2012

durian crepe


bahan2
-250gm tepung gandum
-2 biji telur
-500ml santan
-setengah sudu kecil garam
-1 sudu kecil tepung ubi
-1 sudu besar marjerin di cairkan
-pewarna kuning secukupnya

caranya
-masukkan semua bahan dalam bekas dan kacau,kemudian blender kan
-tapiskan adunan
-masak senipis mungkin menggunakan api kecil (spt kulit kuih ketayap)
-bt hingga habis adunan
-sejukkan seketika sblm masukkan inti

bahan inti
-secawan whiping krim (non dairy )di pukul hingga kental
-isi durian di buang bijinya

caranya
-ambil sekeping kulit crepe tadi
-sudukan krim lapisan bawah,kemudian isi durian dan lapis atas krim semula.
-lipatkan seperti bantal dan letakkan atas paper cup bersaiz besar,sejukkan..

Friday 7 December 2012

apam strawberry 3D

3D sebab dot2 dan daunnya di kukus kemudian,menghasilkan bentuk yg timbul dan comel..


bahan2
-3 biji telur ( dari peti sejuk)
-1 sudu besar ovelate
-200gm gula kastor
-150 ml susu segar /susu cair
-275gm tepung gandum
-4 sudu besar baking powder
-1 sudu esen /perisa strawbery
-pewarna merah dan hijau

cara2nya
-telur,ovelate dan gula di pukul kembang/putih
-masukkan susu segar dan esen strawberry
-masukkan tepung dan baking powder berselang -seli hingga habis..
-kacau hingga betul sebati
-bahagikan pada beberapa bahagian spt merah,putih dan hijau
-sebelum itu,siapkan paper cup yg di masukkan dalam acuan spt kuih lompang utk sediaan mengukus
-panaskan kukusan dgn api sederhana
-balut tudung kukus dgn kain utk elakkan air menitik pada kuih..
-berbalik pada resepi tadi,isikan adunan dalam cup dan kukus selama 10 minit
-selepas 10 minit keluarkan dr kukusan dan mulakan mencorakkan kuih.

tips membuat corak
-masukkan adunan bewarna hijau dalam paiping beg/plastik dan gunting sikit hujung plastik
-paipkan bentuk daun..
-ulang proses sama utk membuat dot2 putih
-selesai mencorak,kukus semula kuih selama 5 minit.