Friday 7 December 2012

apam strawberry 3D

3D sebab dot2 dan daunnya di kukus kemudian,menghasilkan bentuk yg timbul dan comel..


bahan2
-3 biji telur ( dari peti sejuk)
-1 sudu besar ovelate
-200gm gula kastor
-150 ml susu segar /susu cair
-275gm tepung gandum
-4 sudu besar baking powder
-1 sudu esen /perisa strawbery
-pewarna merah dan hijau

cara2nya
-telur,ovelate dan gula di pukul kembang/putih
-masukkan susu segar dan esen strawberry
-masukkan tepung dan baking powder berselang -seli hingga habis..
-kacau hingga betul sebati
-bahagikan pada beberapa bahagian spt merah,putih dan hijau
-sebelum itu,siapkan paper cup yg di masukkan dalam acuan spt kuih lompang utk sediaan mengukus
-panaskan kukusan dgn api sederhana
-balut tudung kukus dgn kain utk elakkan air menitik pada kuih..
-berbalik pada resepi tadi,isikan adunan dalam cup dan kukus selama 10 minit
-selepas 10 minit keluarkan dr kukusan dan mulakan mencorakkan kuih.

tips membuat corak
-masukkan adunan bewarna hijau dalam paiping beg/plastik dan gunting sikit hujung plastik
-paipkan bentuk daun..
-ulang proses sama utk membuat dot2 putih
-selesai mencorak,kukus semula kuih selama 5 minit.

No comments:

Post a Comment