Monday 28 January 2013

roti kacang merah

baru keluar oven...

cara nak buat bentuk bergulung tu...
bahan2
-500gm tepung roti
-sepeket yis mauripan
-2 sudu susu tepung
-3 sudu makan gula halus
-1 sudu teh bread softner
-1 biji telur
-1 sudu makan mentega
-160 ml air suam utk menguli
-inti kacang merah secukupnya..

caranya
-campurkan semua bahan.
-uli dgn air suam..sukatan air mengikut kesesuaian doh.jgn masukkan air sekali gus.
-uli hingga mendapat doh yg lembut dan elastik
-peram hingga naik sekali ganda saiz
-setelah itu,tumbuk2kan doh utk membuang angin
-ambil sedikit doh dan buat bentuk bulat dan masukkan inti kacang merah di dalam spt membuat pau
-leperkan doh dan potong bahagian atas sahaja tanpa menembusi bahagian bawah.(spt dlm gambar di atas)
-kemudian terbalikkan doh dan lipat kebelakang (spt gambar di atas)
-grisskan loyang dan susun atas loyang.peram lagi hingga kembang .
-bakar pada suhu 170c selama 25 -30 minit atau hingga masak..

Sunday 27 January 2013

mexican bun

ini saja gambar yg ada...terlupa nak snap yg dah siap..tp hasilnya memuaskan dan sedapppp ..
bahan2
untuk filling
-200gm mentega
-1/2 sudu teh esen vanilla
-70gm gula perang

caranya
-mix mentega selama 3minit dan masukkan esen vanilla dan gula perang
-mix lagi sikit dan simpan dalam peti sejuk


bahan untuk toping
-200gm mentega
-160gm gula icing
-3 biji telur -di kocok sikit
-1 sudu kecil esen kopi
-200 gm tepung gandum

caranya
-mix mentega 3 minit,masukkan esen kopi,telur,gula dan tepung.
-putar lagi hingga sebati dan simpan dalam peti sejuk .


bahan roti
-500gm tepung roti diayak bersama
-2 sudu kecil bread improver
-sepeket yis(mauripan)
-1 telur
-250ml susu segar atau air
-1 sudu makan mentega

caranya
-masukkan semua bahan dan uli menggunakan air
-sukatan air jgn di masukkan semua.ikut kesesuaian doh
-uli hingga doh tak melekat di tangan dan elastik
-peram sehingga naik sekali ganda saiz
-setelah itu,tumbukkan doh utk mengeluarkan angin
-buat bulat dan masukkan filling
-susun atas loyang yg telah di griss
-picitkan topping membentuk spiral spt gambar di atas
(topping di masukkan dalam paiping bag utk memudahkan proses meletakkan topping)
-peram lagi doh hingga naik semula
-setelah naik,bakar pada suhu 170c selama 20 hingga 25 minit atau hingga masak bergantung pada kesesuaian oven.

-

Thursday 24 January 2013

kek susu


bahan2
-120 gm mentega
-120gm tepung naik sendiri
-1/2 cawan susu pekat
-40 gm gula halus
-2 biji telur gred A
-1 sudu teh esen vanilla

caranya
-pukul mentega,gula dan esen vanilla hingga kembang dan gebu
-masukkan susu pekat dan pukul lagi
-masukkan tepung sikit2
-last sekali masukkan telur sebiji demi sebiji
-pukul sikit lagi hingga adunan betul2 sebati
-oles loyang dgn mentega dan sedikit tepung utk elakkan kek melekat
-masukkan adunan dan bakar suhu175c selama 40 atau 50 minit
(pastikan oven di panaskan terdahulu)

tuna puff


bahan2
-pastry puff jenama KAWAN
-setin tuna mayonis atau sebarang inti kesukaan
-sebiji telur kuning utk gliss atas puff

caranya
-sekeping puff di lipat dua bahagian..sebelah bahagian di toreh2 (tidak putus)
-sebelah lagi di letakkan inti dan lipat ke bahagian yg di toreh..
-lekatkan kedua lapisan dengan menekan -nekan menggunakan hujung garpu
-gliss kan dgn kuning telur
-bakar suhu 190c selama 30 minit atau hingga masak.
-puff akan kembang dan berlapis2 bila cukup masak dan berwarna keemasan.

Wednesday 16 January 2013

roti manis


bahan2
-setengah kilo tepung roti
-sebiji telur
-sepeket yis mauripan
-1 sudu marjerin
-1 sudu shortening
-2 sudu makan susu tepung
-setengah cawan gula
-260 ml air(tak guna semua,ikut kesesuaian doh)

caranya
-campurkan semua bahan.
-masukkan air sedikit2 hingga mendapat doh yg elok lembut
-uli hingga mendapat doh yang elastik
-peram hingga naik sekali ganda saiz doh
-tumbuk2kan doh utk membuang angin
-buat bentuk bulat dan susun dlm loyang yg telah di griss dgn mentega
-peram lagi hingga doh naik semula
-bakar pada suhu 180c hingga masak..

( SEBARANG RESEPI ROTI,SEELOKNYA MENGGUNAKAN TEPUNG ROTI UNTUK MENDAPAT HASIL YANG MEMUASKAN)

agar-agar roti


bahan2
- 6 keping roti
-sebiji telur
-1 tin susu cair
-sepeket agar2 serbuk
-1 cawan gula
-6 cawan air

caranya..
--roti,telur dan susu cair di blender hingga hancur
-sementara itu masak agar2 bersama gula dan air hingga gula hancur
-perlahankan api dan masukkan bahan blender dan kacaukan
-bahagikan perisa dan pewarna kesukaan
-isikan sebahagian kedalam loyang dan sejukkan seketika
-masukkan lebihan warna lagi dan sejukkan semula
-sepanjang proses,pastikan api tidak di tutup utk memastikan agar2 tidak mengeras.



 
.

Saturday 12 January 2013

black magic chocolate cake


bahan2
-2 cawan gula
-1 3/4 cawan tepung gandum
-3/4 cawan serbuk koko
-2 sudu teh soda bikarbonat
-1 sudu teh baking powder
-1 sudu teh garam
-2 biji telur
-1 cawan butermilk (boleh ganti dgn 1 cwn susu segar dan 1 sudu teh cuka)
-1 cawan air kopi panas tanpa gula
-1/2 cawan minyak
-1 sudu kecil esen vanila

caranya
- gula, tepung,serbuk koko,soda bikarbonat,baking powder dan garam di gaul sekali
- kemudian masukkan telur ,butermilk,air kopi,minyak dan esen vanilla..
-mix high speed selama 5 minit
-oleskan loyang dan bakar suhu 180c hingga masak.

Tuesday 1 January 2013

kek kukus lapis coklat


bahan2
-4 biji telur gred A (dr peti sejuk)
-1 1/2 cawan gula halus
-2 cawan tepung gandum di ayak bersama
-1 sudu kecil baking powder
-1 sudu besar ovelatte
-150ml susu cair
-1/2 sudu kecil garam
-30ml minyak
-1 sudu kecil esen vanilla
-2 sudu besar serbuk koko
-1 sudu kecil coklat emulco


caranya
-pukul telur dan gula hingga kembang,kemudian masukkan ovelatte..putar lagi
-masukkan minyak dan putar lagi
-masukkan garam dan tepung yg di  ayak bersama baking powder td berselang seli dgn susu cair
-gaul sebati dan bahagikan kepada dua warna..satu bahagian masukkan serbuk koko dan coklat emulco
-griskan loyang dan masukkan adunan bewarna koko dahulu.kukus selama 15 minit
-masukkan lagi adunan putih dan kukus lagi hingga masak.
-lapisan akhir kukus 20 minit atau lebih,utk memastikan kesemua lapisan betul2 masak
-sejukkan dan terbalikkan loyang
-potong dan hidangkan....

roti silang sosej


cara menyilang..

siap menyilang dan di sapu kuning telur..lepas ni masuk oven..
bahan2
-sosej secukupnya di rebus dan di belah dua
-500gm tepung roti
-2 sudu susu tepung
-setengah cawan gula halus
-sebiji telur
-sepeket yis mauripan
-2 sudu besar mentega
-air secukupnya utk menguli

caranya
-masukkan semua bahan kecuali sosej
-uli bahan dgn air hingga mendapat doh yg tidak melekat (sukatan air agak2)
-tutup doh dgn kain dan peram hingga naik sekali ganda saiz
-keluarkan doh,dan tumbuk2 utk keluarkan angin
-bentukkan doh ..gunakan dua sosej yg di rebus tadi
-silangkan adunan spt dalam gambar di atas
-peram semula hingga doh naik sekali ganda lagi
-sapukan kuning telur pada adunan roti dan bakar suhu 170c hingga masak..
-keluarkan dan sapukan mentega pada roti..

home made laksa twisties


bahan2
-sepeket laksa kering - di patah-patahkan
-serbuk kari daging
-serbuk secukup rasa maggi
-nestum atau cornflake

caranya
-laksa di goreng dlm minyak panas hingga masak dan rapuh
-sementara itu blend kering serbuk kari,secukup rasa dan nestum
-setelah laksa goreng sejuk ,masukkan dalam tapaware, dan masukkan bahan blend td.goncang2kan tapaware supaya serbuk meliputi laksa goreng tadi.
-boleh juga di tambah serbuk cili jika mahu pedas,juga di tambah serbuk cheese..