Monday 28 January 2013

roti kacang merah

baru keluar oven...

cara nak buat bentuk bergulung tu...
bahan2
-500gm tepung roti
-sepeket yis mauripan
-2 sudu susu tepung
-3 sudu makan gula halus
-1 sudu teh bread softner
-1 biji telur
-1 sudu makan mentega
-160 ml air suam utk menguli
-inti kacang merah secukupnya..

caranya
-campurkan semua bahan.
-uli dgn air suam..sukatan air mengikut kesesuaian doh.jgn masukkan air sekali gus.
-uli hingga mendapat doh yg lembut dan elastik
-peram hingga naik sekali ganda saiz
-setelah itu,tumbuk2kan doh utk membuang angin
-ambil sedikit doh dan buat bentuk bulat dan masukkan inti kacang merah di dalam spt membuat pau
-leperkan doh dan potong bahagian atas sahaja tanpa menembusi bahagian bawah.(spt dlm gambar di atas)
-kemudian terbalikkan doh dan lipat kebelakang (spt gambar di atas)
-grisskan loyang dan susun atas loyang.peram lagi hingga kembang .
-bakar pada suhu 170c selama 25 -30 minit atau hingga masak..

No comments:

Post a Comment