Wednesday 27 June 2012

kek span oren



sebelum masuk oven.nanti kek ni akan naik sampai atas loyang tu..jgn isikan terlalu penuh..


simple2 saja..tapi sngt sedap dan gebu...
bahan2
-100gm gula kastor
-100gm tepung naik sendiri
-4 biji telur
-satu sudu teh ovellate
-60ml air sejuk
-60ml minyak
-satu sudu teh oren emulco
-satu sudu teh pewarna kuning
-filling spt jem oren atau kesukaan

cara2
-campurkan semua bahan kecuali minyak masak.pukul kelajuan tinggi sampai putih dan berkrim.
-masukkan minyak dan kaup balikkan dgn senduk saja
-griskan loyang dan masukkan adunan.
-bakar selama 40 minit atau hingga masak.
-setelah masak terbalikkan dan potong kepada 2 bahagian
-sapukan filling(inti spt jem oren atau ikut kesukaan)
-sapukan cream atas jem td dan tutup dgn satu lagi bahagian kek
-ulangi proses sama pada lapisan atas kek
-tutup keseluruhan kek dgn lebihan cream


bahan cream
-250 krim keju
-2 cawan whipping cream
(whipping cream di pukul hingga naik dan masukkan krim keju.putar sampai kaku dan putih)
-sapukan mengikut kegunaan.

Tuesday 26 June 2012

roti kismis


A ) sebelum bakar
B)selepas keluar dari oven
C)dah kena potong,siap di makan..
bahan2
-2 cawan tepung gandum
-1 sudu kecil bread improver
-setengah paket yis kering mauripan
-sebiji kuning telur
-satu sudu makan lemak sayur
-satu sudu makan marjerin
-secubit garam
-3 sudu gula di bancuh dgn air secukupnya utk menguli
-kismis

cara2
-semua bahan di satukan dan di uli menggunakan air bergula td secukupnya
-peram hingga naik sekali ganda
-tumbuk doh utk keluarkan angin,bentukkan dan masukkan dlm bekas pembakar spt gambar A
-bakar sehingga masak dgn suhu 150c

resepi mee rebus

bahan asas kuah mee
-2-3 biji ubi kentang/keledek -di rebus dan di kisar halus
-cili kering di mesin bersama bawang putih,merah dan
sedikit udang kering atau udang kepal.mesin hancur..
-sos cili
(satukan semua bahan dalam periuk dan masukkan,daging/ayam/udang atau apa saja keinginan)
-rasakan gula dan garam secukupnya..

di makan bersama
-telur rebus
-sawi yg di celur
-daun bawang ,daun sup
-bawang goreng

*mee di celur terlebih dahulu
*sukatan bahan2 mengikut keperluan..

apam mekar coklat rice


bahan2
-200gm gula halus
-2 biji telur
-160ml air
-200gm tepung gandum
-1/4 sudu garam
-1/2 sudu baking powder
-25 gm serbuk koko
-1 sudu teh koko emulco
-1 sudu kecil ovellate
-30gm coklat rice

cara2
-satukan telur,gula dan air.pukul hingga berbuih
-ayak tepung,koko,garam dan baking powder.masukkan sikit2 dalam adunan telur tadi.
-masukkan emulco dan ovellate..pukul kelajuan tinggi hingga adunan kental
-masukkan coklat rice.kaup balikkan
-masukkan dlm paper cup dan kukus 15-20 minit.

Friday 22 June 2012

dahlia susu


bahan2
-125gm susu pekat
-125gm butter
-300gm tepung jagung

cara2
-susu dan butter di pukul (tak perlu kembang)
-masukkan tepung jagung sikit2 sampai dpt doh yg elok.(tak semestinya masukkan semua300gm.bergantung pada keadaan doh)
-bentukkan dan hias dgn ceri,bakar 10-15 minit.

Thursday 21 June 2012

roti sosej


roti sosej..dah siap letak sos dan mayonis..


proses nak bt bunga2 tu..gulung sosej dan potong jgn sampai putus tepung tu


lepas potong,tarik satu potongan ke kanan,satu ke kiri..ulang sampai abis potongan tu..


yg ni dah siap..tunggu masuk oven..jgn lupa gris dulang tu ,kang melekat plak..


baru kuar oven,sapukan marjerin..baru naik bau dan warna keemasannya...lepas ni bleh taruk sos dan mayonis..jom tengok bahan2 nya





bahan2
-setengah kilo tepung gandum
-sepeket yis kering
-sebiji kuning telur
-secubit garam
-satu sudu kecil bread improver
-3 sudu besar susu tepung
-satu setengah cawan air suam dibancuh dgn
-satu setengah cawan gula
-2 sudu besar lemak sayur
-2 sudu besar marjerin

cara2
-satukan semua bahan,kecuali lemak sayur dan marjerin..uli dgn air.
-setelah doh agak menjadi,masukkan lemak sayur dan marjerin
-uli lagi hinnga sebati dan lembut
-peram sebentar hinga naik
-tumbuk doh utk keluarkan angin
-bt bentuk bunga2 spt gambar di atas
-peram sikit lagi hingga naik dan boleh terus bakar selama 20-25 minit.
(sukatan air gula tu agak2,jgn masukkan semua takut terlembik.ikut kesesuaian doh)

pau sardin goreng


lembut dan gebu...pau goreng inti sardin


sebelum goreng..saiz dah naik sekali ganda dan warna dah jadi lebih putih..time ni mmg elok dah masuk kuali..
bahan2
-setengah kilo tepung gandum
-2 sudu besar gula
-sepeket yis kering
-2 sudu makan lemak sayur
-secubit garam
-air secukupnya utk menguli

cara2
-campur semua bahan dan uli hingga lembut
-masukkan inti dan peram seketika
-dah naik bolehlah di goreng
bahan inti
-satu tin kecil sardin (dihancurkan)
-cili blender secukupnya
cara2
-tumis cili dan masukkan sardin
-perasakan garam dan serbuk perisa secukupnya

simple koko oren kek


rasa oren dan koko...nyummmyy..


sebelum masuk oven


dah kene potong
bahan2
-120 gm gula kastor
-100gm tepung naik sendiri
-1 sudu besar serbuk koko
-1 sudu besar oren emulco
-4 biji telur
-1 sudu besar ovellate
-20ml air sejuk
-20ml minyak
cara2
-satukan semua bahan kecuali minyak ,koko,dan oren emulco
-putar kelajuan tinggi 10-15 minit
-masukkan minyak,kacau balikkan
-bahagikan dua bahagian dan letakkan dgn koko dan oren
-lapiskan berselang2
-bakar 30-35 minit atau hingga masak

Friday 15 June 2012

donut lagi


eiiii...montel2..


sebelum goreng..time ni tak lawa ,tapi masa nk masuk kuali nanti bleh ejas skit bentuknyer..
bahan2
-setengah kilo tepung gandum
-sepeket yis kering
-2 sudu makan lemak sayur
-3 sudu makan susu tepung
-sedikit garam
-air utk uli
(gula halus utk tabur)

-cara2
-campurkan semua bahan
-uli menggunakan air hingga mendapat doh yg tak melekit
-bt bentuk dan peram hingga naik sekali ganda saiz
-goreng minyak sederhana panas,sentiasa balik2 kan
-sejukkan dan tabur gula halus.

Thursday 14 June 2012

black forest lagi



baru keluar dari oven


proses sapu bluberry atas lapisan kek yg di potong 2 bahagian


lepas sapu bluberry,sapu fresh cream ,lepas tu tutup semula dgn satu lagi bahagian kek


camni ler bila dah di potong
bahan kek
-120gm gula kastor
-100gm tepung naik sendiri
-20gm serbuk koko
-4 biji telur
-satu sudu besar ovellate
-20ml air sejuk
-1 sudu kecil serbuk nescafe
-20ml minyak
(jem bluberry utk filling)

cara2
-campur semua bahan kecuali minyak
-putar kelajuan tinggi 10-15 minit,baru masukkan minyak.kacau balikkan
-bakar 30-40 minit
-sejukkan.potong 2 bahagian


bahan fresh cream
-non dairy whipping cream
(putar hingga putih dan kental ,terus sapu pada kek)

karipap



sebelum goreng
bahan asas doh
-tepung gandum
-mentega
-air
-sedikit garam
-sebiji telur(jika mahu)
bahan asas inti
-ubi kentang/keledek
-isi ayam/daging
-serbuk kari
-garam,gula
-air
-bawang utk tumisan
-daun kari
-telur(jika mahu)

-sukatan mengikut keperluan dan kehendak..

Monday 11 June 2012

black forest cake with fresh cream


tangan keras kot nak deko lawa2..tapi kek ni sedap sngt..


sedapnya..serius mmg sedap..rasa mcm kek kat kedai tu..
bahan2
-100gm gula kastor
-100gm tepung naik sendiri
-satu sudu besar serbuk koko
-1 sudu teh coklat emulco
-4 biji telur ayam
-1 sudu makan ovellate
-1 sudu teh serbuk nescafe
-20 ml air sejuk
-20 ml minyak masak/marjerin di cairkan
-jem bluberry


cara2
-campur semua bahan kecuali minyak dan jem blubery
-mix sebati,kelajuan tinggi 10-15 minit
-masukkan minyak masak
-kaup balikkan
-griskan loyang,bakar 30-40 minit atau hingga masak
-sejukkan..potong 2 atau 3 bahagian
-sapukan jem berlapis fresh cream,lapik semula dgn bahagian kek di potong.

bahan fresh cream
-2  cawan non dairy whiping cream
beat sampai kaku dan kental,boleh terus guna.
-sapu fresh cream sbg toping kek td..
-deko la sesuker hati..

Friday 8 June 2012

red velvet



sebelum masuk oven


siap bakar dah..tinggi ,lembut macam span jugak..


cream cheese yg saye gune


non dairy whiping cream yg saye gune


proses beat cream cheese dan whiping cream


siap sudah....
bahan2
-5 biji telur ayam
-250 mentega
-3 cawan tepung naik seniri
-3 sudu makan koko powder
-2 cawan gula kastor
-4 sudu makan pewarna merah
-1 cawan butter milk (saye gantikan dengan secawan susu segar +satu sudu cuka makan,peram 10 minit sblm gune)
-1 sudu kecil baking powder
-1 sudu kecil cuka makan
cara2
-panaskan oven 180c
-pukul mentega ,gula hingga kembang
-masukkan telur sebiji demi sebiji
pukul lagi
_masukkan buttermilk berselang seli dgn tepung dan serbuk koko.pukul lagi dan masukkan pewarna merah
-sementara itu,larutkan baking powder dan cuka ,ketika berbuih2 ,masukkan dlm adunan
-kaup balikkan dan masukkan dlm loyang yg di gris .bakar 40 minit atau hingga masak.


untuk krim
-250 gm krim cheese
-1 cawan whiping cream
beat krim keju sampai lembut dan berkrim.baru masukkan whiping cream
-beat sampai kental dan gebu
-campur sedikit butter supaya adunan keras sikit dan mudah di bentuk
(kiranya adunan terlalu lembut,masukkan dlm peti sejuk seketika)
-potong dua kek( belah di tengah)
-sapukan krim dan lapiskan semula kek
-sapu semua krim dan hias ikut selera.

Thursday 7 June 2012

span kek dengan butter cream


nyummyy...


posing sblm masuk oven


siap bakar dah..


terbalikkan kek...


proses buat  butter cream

siap potong dah..walau span tak tinggi ,tapi cukup lembut..simple tapi sedap..
bahan2
-150gm tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-140 gm gula kastor
-5 biji telur gred A
-80ml susu cair
-80ml mentega di cairkan
-1 sudu besar ovellate
-pewarna dan perisa (ikut suke la)


cara2
-satukan gula,ovelatte,tepung,baking powder,telur dalam mangkuk adunan.
-pukul sampai pekat dan gebu pada kelajuan tinggi
-perlahankan,masukkan susu cair,mentega cair,pewarna dan perisa.adun lagi sampai sebati.
-griskan loyang,bakar 40 minit pada suhu 180c.

butter cream
-1 cawan butter
-1 cawan shortening(lemak sayur)
-2 cawan gula ising(saye gune secawan setengah saje,risau manis2 ni)
-2 sudu besar susu pekat

-mix sebati butter dan shortening
-baru masukkan gula ising..(kalau bleh ayak la 3 kali gula tu,mudah skit hancur)
-mix lagi sampai sebati,bleh dah deko kek..kalau adunan lembut sngt,masukkan dlm peti sejuk dulu kemudian bleh deko semula..

Tuesday 5 June 2012

choc moist cake (kukus)

alahai...stobely dr cameron yg sempat jd deko kek..

sedapnyer....moist jerr..

coklat bersepah..puas makan..
bahan2
-2 cawan tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-1 sudu teh soda bikarbonat
(ayak bahan ni)

-1 cawan serbuk koko
-1 cawan gula kastor
-1 cawan susu pekat(bleh kurang jika tak nak manis)
-1 cawan air panas
-1 cawan air biasa
-4 sudu besar susu tepung(bleh tukar susu cair /segar/susu coklat)tak perlu guna dah air biasa .
-1 cawan minyak masak
(masak semua bahan atas api slow hingga bahan larut)
-2 telur ayam
-1 sudu teh esen vanilla
pukul telur pakai whisk saja sampai berbuih.tak perlu guna mixer.
-masukkan esen vanilla
-masukkan bahan di masak tadi
-kacau sebati
-masukkan tepung di ayak tadi sikit2
-tuang dlm loyang ,gris dulu loyang atau alas dgn baking paper
-kukus sejam ,api sederhana

utk toping coklat
-100ml susu cair
-300gm coklat masakan
-2 sudu besar serbuk koko
-1 sudu besar marjerin /butter

-panaskan susu cair hingga mendidih ,berbuih kat dinding periuk
-tutup api dan masukkan coklat masakan,serbuk koko.kacau hingga larut
-masukkan butter/marjerin,kacau sebati
-boleh tuang atas kek
-lebihan adunan bleh simpan dlm freeze dan di buat deko2 kek.

Monday 4 June 2012

mini cup kek



cup kertas yg di letakkan atas bekas tahan panas..jgn tak letak,cup saja tak boleh tampung berat adunan kek.


baru kuar oven..dah siap la tu..tunggu makan jer..
bahan2
-1/2 cawan mentega
-1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
-1cawan gula kastor
-3biji telur
-2 1/2 cawan tepung gandum*
-1 sudu teh baking powder*
-1 sudu teh soda bikarbonat*
-3 sudu makan serbuk koko*
-*ayak bersama
-200 ml susu segar (perisa coklat)
-cip coklat

cara2
-pukul mentega,gula hingga kembang sedikit
-masukkan telur ,pukul lagi
-masukkan minyak
-masukkan susu berselang seli dgn bahan ayak
-kacau sebati guna spatula saja
-isi dalam cup kertas,masukkan sebiji cip coklat
(bila masak nanti cip coklat akan cair dan jadi spt inti kat dlm cup kek tu)
-suhu oven 180c ,bakar selama 15- 20 minit..
-(simpan kek dalam bekas tertutup utk mengekalkan kelembapan dan kelembutan kek)

resepi cucur


utk membuat cucur yg sedap dan rangup,bahan2 letak la bnyk mana pun.lagi bnyk udang contohnya lagi sedap.mesti peram dulu hingga naik sikit baru goreng.tak abis adunan bleh simpan dlm peti sejuk,esok bleh sambung goreng.cukup sesuai time puasa.meh skodeng bahan2...sukatan bahan ikut suke laa..yg penting bahan utama yg menaikkan cucur tu..
bahan2
-setengah kilo tepung gandum
-setengah paket yis kering mauripan
-sebiji telur ayam
-kucai,taugeh,udang
-sikit garam,serbuk kunyit
-air utk bancuh semua bahan di atas.(agak2)

cara2
-campur semua bahan,kacau sebati
-peram hingga naik sedikit...
-goreng minyak panas.
(sedap di cicah dgn kuah kacang atau sos)