Friday 14 February 2014

apam kampung gula merah

sila abaikan rekahan tu...heheheee

taraaaa...siap salut kelapa dah...(posing alakadar ajer,janji bleh ngap sudaa)
bahan2
-2 3/4 cawan air
-1/2 cawan gula merah
-3/4 cawan gula pasir
(masak dan sejukkan)

-500gm tepung gandum
-sepeket yis mauripan larutkan dengan 1 cawan air suam,biarkan berbuih2.

caranya
-masukkan tepung gandum dalam mangkuk dan tuangkan bancuhan yis,air gula yg di masak tadi dan gaul rata.
-tutup mangkuk dan peramkan selama lebih kurang 45 minit (adunan akan naik sekaliganda)
-oleskan loyang dgn minyak dan masukkan adunan
-kukus sehingga masak lebih kurang 40 minit
(sila panaskan kukusan dahulu)

sedap di makan dgn kelapa parut muda campur sedikit garam..

No comments:

Post a Comment