Wednesday 9 May 2012

karipap gajah

sedap di makan bersama sos pencicah

inti kentang bersama ayam dan blackpepper

dah taruk inti kat doh tu kenalah nipiskan bahagian yg akan dikelim


proses mengelim

yg siap di kelim ,satu dulang muat 3 biji jer..
bahan utk pastry
-setengah kilo tepung gandum
-2 sudu besar marjerin
-sebiji telur
-air utk menguli
-campur semua bahan dan uli hingga menjadi doh

bahan inti
-3 biji kentang
-daging kisar
-serbuk lada hitam
-perisa serbuk cukup rasa maggi/garam
-bawang merah ,putih
-air
-3 biji telur di goreng mata kerbau dan di hiris kasar

-tumis bawang  dan daging ayam cincang
-masukkan kentang yang di dadu
-masukkan air dan perisa
-masukkan serbuk lada hitam
-masak hingga empuk


-campurkan inti dan telur goreng yg di hiris ke atas doh yg di canai
-kelim bahagian tepi
-buat saiz yg anda mahu
-(saiz spt gambar di atas menghasilkan 7 biji karipap

bahan sos pencicah
-3 biji cili merah di blend bersama 3 ulas bawang putih
-tambah air ,sos cili dan sedikit cuka makan
-tambahkan gula dan garam
-siap di hidang bersama kuih yg digoreng..

No comments:

Post a Comment