Monday 28 May 2012

roti tuna


roti inti tuna...sedap dan gebu...


A)lepas taruk inti,lipat sebahagian dan lagi sebahagian potong spt gambar di atas
B)lepas potong,lipat spt gambar tu.pastikan lilitan kemas,takut terbukak time bakar nanti
C)lipat lagi sampai habis
D)dah siap lipat,sapu kuning telur bercampur susu cair satu sudu.tabur bijan jika mahu


posing sebelum masuk oven..jarakkan roti sebab nanti ia mengembang.
bahan2
-setengah kilo tepung gandum
-satu peket yis kering
-satu sudu teh bread improver
-satu biji telur kuning
-3 sudu besar susu tepung
-secubit garam
-1 cawan gula di bancuh dgn 1 1/4 air suam
-2 sudu besar marjerin
-2 sudu besar lemak sayur(shortening)
-inti tuna dalam tin
utk sapuan -sebiji telur kuning dan satu sudu susu cair,sedikit bijan

cara2
-satukan semua bahan kecuali marjerin dan lemak sayur
-uli menggunakan air bergula tadi( air guna ikut kesesuaian doh.masukkan air sikit2)
-setelah doh hampir jadi,masukkan marjerin dan lemak sayur
-uli lagi hingga sebati dan peram doh hingga naik sekali ganda saiz
-setelah naik,tumbuk doh utk keluarkan angin..uli semula dan masukkan inti, bentukkan doh spt gambar bertanda A,B,C,D
-peram semula hingga naik sedikit, sapukan  telur kuning bercampur susu cair,taburkan bijan ,kemudian bakar suhu 150c selama 20-25 minit atau bergantung pada kesesuaian oven
-menghasilkan 12-13 biji roti bersaiz spt gambar di atas.

No comments:

Post a Comment